Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/68

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
68
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.

(3) Tiada seorang pun boleh—

(a) membuat untuk dijual atau disewakan;
(b) mengimport selain untuk penggunaan persendirian dan domestik; atau
(c) dalam perjalanan urusan—
(i) menjual atau menyewakan;
(ii) menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan;
(iii) mengiklankan untuk dijual atau disewakan;
(iv) memiliki; atau
(v) mengedarkan;
(d) mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau
(e) menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan,


apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—

(A) dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;
(B) mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau
(C) direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.

(4) Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.