Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/67

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
67
Hak Cipta


Pemintasan langkah perlindungan teknologi


36A. (1) Jika suatu langkah perlindungan teknologi dipakai ke atas suatu salinan karya oleh atau dengan kebenaran pemunya hak cipta karya itu, tiada seorang pun boleh memintasi, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain untuk memintasi, langkah perlindungan teknologi—

(a) yang digunakan oleh pemunya hak cipta itu berkaitan dengan penjalanan haknya di bawah Akta ini; dan
(b) yang menyekat perbuatan berkenaan dengan karyanya yang tidak dibenarkan oleh pemunya yang berkenaan atau yang tidak diizinkan oleh undang-undang.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai jika pemintasan langkah perlindungan teknologi itu adalah—

(a) semata-mata bagi maksud mencapai operasi salingan suatu program komputer yang dicipta secara berasingan dengan program asal atau mana-mana program lain;
(b) semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan menganalisis kecacatan dan perihal mudahnya diserang teknologi penyulitan;
(c) semata-mata bagi maksud menguji, menyiasat atau membetulkan keselamatan komputer, sistem komputer atau rangkaian komputer;
(d) semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan melumpuhkan suatu keupayaan yang tidak terzahir untuk mengumpul atau menyebarkan maklumat pengenalan peribadi mengenai aktiviti atas talian orang sebenar;
(e) berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang mematuhi undang-undang, semata-mata bagi maksud—
(i) penguatkuasaan undang-undang;
(ii) keselamatan negara; atau
(iii) pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
(f) dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikansemata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai