Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/54

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
54
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


Kesan perintah Tribunal tentang skim pelesenan

27G. (1) Suatu skim pelesenan yang telah disahkan atau diubah oleh Tribunal di bawah seksyen 27B, 27C atau 27D hendaklah berkuat kuasa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetap berkuat kuasa, setakat yang ia berhubungan dengan perihalan hal yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat, selagi perintah itu tetap berkuat kuasa.

(2) Semasa perintah itu berkuat kuasa seseorang, yang dalam hal suatu kelas yang kepadanya perintah itu terpakai, hendaklah—

(a) membayar kepada pengendali skim pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar di bawah skim pelesenan itu berkenaan dengan suatu lesen yang merangkumi hal yang berkenaan atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang terpakai kepada lesen sedemikian di bawah skim pelesenan itu; dan
(c) berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan mengikut skim pelesenan itu.

(3) Tribunal boleh mengarahkan supaya perintah itu, setakat yang ia mengubah amaun caj yang kena dibayar, mula berkuat kuasa dari suatu tarikh sebelum tarikh yang padanya ia dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh yang padanya rujukan itu dibuat atau, jika kemudiannya, yang padanya skim pelesenan itu mula berkuat kuasa.

(4) Jika suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (3)—

(a) apa-apa bayaran balik yang perlu, atau bayaran lanjutan, hendaklah dibuat berkenaan dengan caj yang telah dibayar atau yang kena dibayar; dan
(b) sebutan dalam perenggan 2(a) mengenai caj yang kena dibayar di bawah skim pelesenan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai caj yang kena dibayar sedemikian menurut kuasa perintah itu.