Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/51

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
51
Hak Cipta


(b) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya perintah itu terpakai;
(c) suatu pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang sedemikian; atau
(d) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai,

boleh sekali lagi merujukkan skim pelesenan itu kepada Tribunal setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan itu.

(2) Suatu skim pelesenan tidak boleh, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal, dirujukkan sekali lagi kepada Tribunal berkenaan dengan perihalan hal yang sama—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah atas rujukan terdahulu itu; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Suatu skim pelesenan yang telah dirujukkan kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.

(4) Tribunal hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan, yang mengubah atau yang mengubah selanjutnya skim pelesenan itu setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.