Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/48

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
48
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh mesyuarat agung tahunan itu.

(6) Pengawal boleh membatalkan perisytiharan yang diberikan kepada sesuatu badan pelesenan jika dia berpuas hati bahawa badan pelesenan itu—

(a) tidak berfungsi dengan memadai sebagai suatu badan pelesenan;
(b) tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kesemua anggotanya;
(c) tidak bertindak menurut peraturannya atau untuk kepentingan terbaik anggotanya, atau ejen mereka;
(d) telah mengubah peraturannya sehingga tidak lagi mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(e) tanpa alasan yang munasabah, telah enggan atau tidak mematuhi peruntukan Akta ini; atau
(f) telah dibubarkan.

(7) Badan pelesenan yang terkilan dengan keputusan Pengawal di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.

(8) Mana-mana persatuan atau pertubuhan yang beroperasi sebagai suatu badan pelesenan tanpa mendapat perisytiharan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.


Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27B hingga 27G terpakai


27AA. (1) Seksyen 27B hingga 27G hendaklah terpakai kepada skim pelesenan yang dikendalikan oleh badan pelesenan yang berhubungan dengan hak cipta dalam apa-apa karya, setakat yang ia berhubungan dengan lesen bagi—

(a) mengeluarkan semula karya itu;