Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/47

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
47
Hak Cipta

BAHAGIAN IVA

PELESENAN HAK CIPTA


Badan pelesenan


27A. (1) Suatu persatuan atau pertubuhan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu badan pelesenan bagi pemunya hak cipta atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu hendaklah memohon kepada Pengawal supaya diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan.

(2) Suatu permohonan untuk perisytiharan hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) dokumen konstituen pemohon yang objektif utamanya, atau satu daripada objektif utamanya, adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, sama ada sebagai pemunya hak cipta atau sebagai ejen baginya, dan yang matlamatnya termasuk juga memberikan lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta; dan
(b) senarai pemunya hak cipta atau ejen mereka yang menjadi anggota pemohon.

(3) Apabila diterima suatu permohonan, Pengawal boleh mengisytiharkan pemohon sebagai suatu badan pelesenan dan mengeluarkan perisytiharan bertulis yang bermaksud sedemikian kepada pemohon itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), Pengawal hendaklah menolak sesuatu permohonan jika maklumat yang diberikan oleh pemohon menurut subseksyen (2) adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan untuk menunjukkan bahawa pemohon layak dan sesuai untuk menjadi badan pelesenan.

(5) Badan pelesenan hendaklah memberi Pengawal suatu salinan akaun untung rugi, penyata kira-kira dan laporan juruauditnya yang dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan badan pelesenan itu