Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/36

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
36
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia
lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku itu;
(e) sesuatu rakaman bunyi secara terus atau secara tidak terus atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh seseorang yang semunasabahnya mempercayai bahawa, oleh sebab sesuatu salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepadanya, pelaku itu telah membenarkan pembuatan rakaman oleh orang itu;
(f) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam mana-mana perenggan itu;
(g) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (e), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam perenggan itu; dan
(h) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (f), yang merupakan salinan yang dibuat—
(i) oleh seseorang yang mempercayai bahawa, oleh sebab salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepada orang itu, pelaku yang berkenaan telah memberikan persetujuan bagi pembuatan salinan itu; atau
(ii) semata-mata bagi suatu maksud yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).

(4) Bagi maksud seksyen ini—

"secara terus" berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat terus daripada persembahan itu;

"secara tidak terus" berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat daripada suatu siaran atau siaran semula persembahan itu.