Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/35

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
35
Hak Cipta
(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-mata untuk digunakan dalam penyelidikan sains;
(b) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara terus atau tidak terus sesuatu persembahan —
(i) yang dibuat bagi maksud, atau yang dikaitkan dengan, pelaporan berita atau peristiwa semasa;
(ii) yang dibuat bagi maksud mengkritik atau mengulas; atau
(iii) dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-undang;
(c) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan —
(i) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan sesuatu institusi pendidikan sematamata bagi maksud institusi itu atau institusi pendidikan lain; atau
(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan suatu institusi bagi membantu orang yang tidak berupaya menulis atau membaca sematamata bagi maksud mengadakan bantuan, sama ada oleh institusi itu atau selainnya, kepada orang yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, intelek atau menulis dan membaca;
(d) suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih