Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/31

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
31
Hak Cipta
(c) amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan
(d) kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.

(3) Bagi maksud perenggan (2)(l), "suatu badan perundangan" ertinya Parlimen Malaysia atau, berhubungan dengan sesuatu Negeri, pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Dokumen reka bentuk dan model

13A. (1) Adalah tidak menjadi suatu pelanggaran apa-apa hak cipta dalam suatu dokumen reka bentuk atau model yang merekodkan atau yang mengandungi reka bentuk bagi apa-apa jua selain daripada suatu karya seni atau rupa taip—

(a) untuk membuat suatu barang mengikut reka bentuk itu, atau untuk meniru atau untuk mengeluarkan semula suatu barang yang dibuat mengikut reka bentuk itu; atau
(b) untuk mengeluarkan kepada awam, atau memasukkan dalam suatu filem, siaran atau perkhidmatan rancangan kabel, apa-apa jua yang pembuatannya bukanlah, menurut kuasa perenggan (a), suatu pelanggaran hak cipta itu.
(2) Dalam seksyen ini—

"dokumen reka bentuk" ertinya apa-apa rekod suatu reka bentuk, sama ada dalam bentuk lukisan, perihalan bertulis, fotograf, data yang disimpan dalam komputer atau selainnya; dan

"reka bentuk" ertinya reka bentuk apa-apa aspek bentuk atau tatarajah (sama ada dalaman atau luaran) keseluruhan atau sebahagian daripada suatu barang, selain daripada hiasan permukaan.