Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/30

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
30
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia
(m) penggunaan petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan itu bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan dengan maksudnya, termasuk petikan dari artikel surat khabar dan majalah berkala dalam bentuk ringkasan akhbar:

Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;

(n) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau penayangan kepada awam akan artikel yang telah diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala mengenai topik semasa, jika pengeluaran semula, penyiaran atau penayangan sedemikian tidak dipeliharakan dengan nyata:
Dengan syarat bahawa sumbernya adalah dinyatakan dengan jelas;
(o) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam syarahan, ucapan dan karya lain dari jenis yang sama yang disampaikan kepada awam jika penggunaan sedemikian itu adalah bagi maksud makluman dan tidak dipeliharakan dengan nyata;
(p) penyewaan secara komersial akan program komputer, jika program itu bukanlah matlamat penting penyewaan itu; dan
(q) pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut.
(2A) Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira hendaklah termasuk—
(a) maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;
(b) sifat karya yang mendapat hak cipta itu;