Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/16

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
16
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

"Perbadanan" ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617];

"perkhidmatan penyiaran" ertinya mana-mana perkhidmatan siaran radio atau televisyen yang dikendalikan di bawah arahan dan kawalan am atau di bawah lesen Kerajaan di mana-mana bahagian Malaysia;

"persembahan"—

(a) termasuklah—

(i) persembahan karya drama, atau sebahagian daripada karya itu, termasuk sesuatu persembahan sedemikian yang dibuat dengan menggunakan boneka, atau persembahan karya drama yang dibuat secara spontan;

(ii) persembahan karya muzik atau sebahagian daripada karya itu, atau persembahan karya muzik yang dibuat secara spontan;

(iii) pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera, atau sebahagian daripada karya itu, atau pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera yang dibuat secara spontan;

(iv) persembahan tarian;

(v) persembahan lakonan sarkas atau lakonan aneka ragam atau apa-apa tontonan atau pertunjukan seumpamanya; atau

(vi) persembahan berhubungan dengan pengungkapan cerita rakyat,

yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya; tetapi

(b) tidak termasuk—

(i) apa-apa pembacaan, pengucapan atau penyampaian apa-apa bahan berita atau maklumat;