Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/12

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
12
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

(b) apa-apa ukir pahat, ecing, litograf, ukir kayu atau karya seumpamanya;

"karya sastera" termasuklah—

(a) novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain;

(b) lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim;

(c) treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;

(d) ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;

(e) surat, laporan dan memorandum;

(f) syarahan, ucapan, khutbah dan karya lain yang sama sifatnya;

(g) jadual atau penyusunan, sama ada atau tidak dinyatakan dalam perkataan, angka atau simbol dan sama ada atau tidak dalam bentuk yang tampak; dan

(h) program komputer,

tetapi tidak termasuk teks rasmi Kerajaan atau badan berkanun, yang bersifat perundangan atau peraturan, atau keputusan kehakiman, atau ucapan politik dan debat politik, atau ucapan yang diberikan dalam perjalanan prosiding undang-undang, dan terjemahan rasminya;

"karya seni" ertinya—

(a) karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni;

(b) karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan; atau

(c) karya pertukangan seni,

tetapi tidak termasuk reka bentuk susun atur mengikut pengertian Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601];

"karya terbitan" ertinya karya yang disebut dalam perenggan 8(1)(a) dan (b);