Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/109

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
109
Hak Cipta


undang-undang itu dimansuhkan, dipinda atau diubah suai dengan nyatanya oleh atau adalah tidak konsisten dengan Akta ini.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Malaysia, atau mana-mana orang yang mendapat hakmilik dari Kerajaan untuk menjual, mengguna atau sebaliknya mengurus artikel yang dirampas di bawah undang-undang yang berkaitan dengan Kastam, termasuk artikel yang dirampas sedemikian menurut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.


Pemansuhan


61. Akta Hakcipta 1969 [Akta 10] adalah dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa—
(a) tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang yang akan didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu;
(b) apa-apa prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang yang ada sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan di bawah undang-undang yang dimansuhkan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat;
(c) apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa prosiding undang-undang (sivil atau jenayah) atau remedi berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas dan mana-mana prosiding undang-undang atau remedi itu boleh dimulakan atau dikuatkuasakan di bawah peruntukan yang relevan dalam Akta ini.