Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/108

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
108
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu yang menurutnya perlindungan yang mencukupi akan diberikan kepada pemunya hak cipta atau pelaku di bawah Akta ini.

(7) Jika hanya disebabkan oleh peraturan-peratuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat atau hak pelaku wujud bagi persembahan yang dibuat sebelum mula berkuat kuasanya peratuaran-peraturan itu, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya peraturan-peraturan tersebut boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu atau hak pelaku, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Kuasa Menteri untuk mengecualikan daripada takrif “siaran”


59B. (1) Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan daripada takrif "siaran" berhubungan dengan pemancaran melalui wayar mana-mana perkhidmatan yang berikut:

(a) perkhidmatan saling tindak;
(b) perkhidmatan perniagaan dalaman;
(c) perkhidmatan domestik individu;
(d) perkhidmatan di premis yang diduduki secara tunggal selain daripada sebagai kemudahan perniagaan;
(e) perkhidmatan yang dijalankan bagi orang yang mengadakan perkhidmatan penyiaran melalui cara wayar atau mengadakan rancangan bagi perkhidmatan sedemikian.

(2) Menteri boleh, melalui perintah, meminda subseksyen (1) supaya ditambah atau dihapuskan pengecualian yang disebut dalam subseksyen itu.


Kecualian


60. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan apaapa hak atau keistimewaan mana-mana orang, termasuk Kerajaan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, kecuali setakat mana