Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/100

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
100
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


"Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan."; dan
(b) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh sesiapa jua sebelum sempat dia diberi amaran tidak boleh dijadikan sebagai tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan berhubungan dengan kes itu selepas dia diberi amaran.


Keterangan agent provocateur boleh diterima


51A. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undangundang yang berlawanan, apa apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.


Pendedahan maklumat


52. Jika seseorang mendedahkan kepada mana-mana orang lain apaapa maklumat yang telah didapati olehnya menurut Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan, melainkan pendedahan itu dibuat dalam