Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/10

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
10
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

berhubungan dengan karya yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Akta ini:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta yang telah tamat tempohnya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

(2) Jika hanya disebabkan oleh subseksyen (1) hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, sesuatu karya yang pembuatannya berlanjutan hingga suatu tempoh masa tidaklah boleh disifatkan sebagai telah dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini melainkan jika pembuatan karya itu disempurnakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

Tafsiran

3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"badan pelesenan" ertinya suatu persatuan atau pertubuhan yang diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah seksyen 27A;

"bangunan" termasuklah apa-apa binaan tetap, dan sebahagian daripada bangunan atau binaan tetap;

"bentuk bahan", berhubungan dengan suatu karya atau suatu karya terbitan, termasuklah apa-apa bentuk penyimpanan (sama ada boleh dilihat atau tidak) yang daripadanya karya atau karya terbitan itu, atau sebahagian besar daripada karya atau karya terbitan itu, boleh dikeluarkan semula;

"filem" ertinya apa-apa penetapan suatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lut cahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan—

(a) ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau