Page:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu/2

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.

1970
7
Nations Unies - Recueil des traités

akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.


Perkara V

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.


Perkara VI

Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta'alok kapada sharat behawa Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta'alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).


Perkara VII

(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati


No 10760