Muqaddimah Malam-malam di Peshawar

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

MUQADDIMAH MALAM-MALAM DI PESHAWAR[edit]

Sultanul Wa’izin Shirazi [Ayatullah Syed Muhammad Al-Musawi], seorang ulama Iran yang terkenal telah melawat India pada tahun 1927 Masehi [1345 H], ketika itu beliau berusia 30 tahun. Beliau telah disambut dengan baik ke mana sahaja beliau pergi. Manusia mendapat manfaat dari ilmu beliau mengenai hadith, sejarah dan ulasan kitab suci Al-Quran. Beliau telah dipelawa untuk berdialog pada 23hb Rejab 1345 H dengan mereka dari Saudara-saudara Ahli Sunnah di Peshawar, yang ketika itu di dalam jajahan India tetapi kini di Pakistan. Mereka berdialog selama 10 malam berturut-turut. Dua orang yang utama di pihak Saudara-saudara Ahli Sunnah yang mengambil bahagian adalah ulama yang termasyhur dari Kabul, Al-Hafiz Muhammad Rashid dan Sheikh Abdus Salam. Empat orang pemberita telah merakamkan perbincangan itu di hadapan anggaran 200 orang hadirin [Sunni – Syiah]. Akhbar tempatan telah menyiarkannya pada keesokan hari. Sultanul Wa’izin Shirazi telah menyusun semula semua perbincangan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tersebut ke dalam sebuah kitab di dalam bahasa Parsi, yang diterbitkan di Teheran dengan tajuk Shabhaye Peshawar, atau Peshawar Nights. Berikut adalah terjemahan dari kitab tersebut.