Keyakinan Nicea (bahasa Melayu)

From Wikisource
Jump to: navigation, search
Keyakinan Nicea
by Bapa-Bapa Gereja
Persidangan Nicea Pertama (325) Persidangan Constantinople Pertama (381)
Kami percaya kepada satu Tuhan, Bapa yang Maha Berkuasa, Pencipta segala benda yang zahir dan batin. Kami percaya kepada satu Tuhan, Bapa yang Maha Berkuasa, Pencipta langit dan bumi, dan segala benda yang zahir dan batin.
Dan kepada satu Tuan Isa al-Masih, Anak Tuhan, dilahirkan oleh (Tuhan) Bapa [satu-satunya anak; iaitu inti Bapa, Tuhan segala tuhan], Cahaya segala cahaya, Tuhan sebenar segala tuhan benar, dilahirkan, tidak diciptakan, menjadi satu unsur bersama Bapa; Dan kepada satu Tuan Isa al-Masih, satu-satunya Anak Tuhan yang dilahirkan, dilahirkan oleh Bapa sebelum kewujudan segala alam, Cahaya segala cahaya, Tuhan sebenar segala tuhan benar, dilahirkan, tidak dicipta, menjadi satu unsur bersama Bapa;
oleh zat yang semua benda dicipta [di langit dan di bumi]; oleh zat yang semua benda dicipta;
zat yang untuk kita manusia, dan untuk keselamatan kita, turun dan dijelmakan dan dicipta sebagai manusia; zat yang untuk kita manusia, dan untuk keselamatan kita, turun dari langit, dan dijelmakan oleh Ruh Suci di dalam Maryam Perawan, dan dicipta sebagai manusia;
dia menderita, dan pada hari ketiga dia hidup kembali, berangkat ke langit; dia disalib demi kita oleh Pontius Pilate, dan menderita, dan dikebumikan, dan pada hari ketiga dia hidup semula, menurut Kitab Suci, dan berangkat ke langit, dan bersemayam di kanan Bapa;
dari situ dia akan datang mengadili orang yang pantas dan orang mati. dari situ dia akan datang kembali sekali lagi, dengan kemuliaan, untuk mengadili orang yang pantas dan orang mati;
zat yang kerajaan-nya tiada penamat dan kesudahan.
Dan kepada Ruh Suci. Dan kepada Ruh Suci, Tuan dan Pemberi nyawa, yang mara dari Bapa, yang beserta Bapa dan Anak disembah dan dimuliakan, yang diperkatakan oleh para nabi. Kepada satu Gereja katolik dan kerasulan suci; kami mengiktiraf satu baptis untuk perlepasan daripada dosa; kami memohon kebangkitan semula orang mati, dan kehidupan di alam akhirat. Amen.
[Tetapi mereka yang mengatakan: 'Terdapat satu masa dia tidak wujud;' dan 'Dia tidak wujud sebelum dia diciptakan;' dan 'Dia tidak diciptakan,' atau 'Dia adalah unsur atau 'inti' lain' atau 'Anak Tuhan ialah zat yang dilahirkan atau 'berubah' atau 'digantikan' - mereka dikecam oleh Gereja katolik dan kerasulan suci.]