Darah Rakyat

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu "Indonesia Raya" yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKMM untuk menaikkan semangat pemuda pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin

Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh! Ayuh!
Bergerak! Sekarang!

Merah putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat