Al-Quran/Al-Balad

From Wikisource
(Redirected from Al-Quran/90)
Jump to navigation Jump to search
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة البلد

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

لَا أُقۡسِمُ بِهَذَا الۡبَلَدِ (1)

Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini;

وَأَنتَ حِلٌّ بِهَذَا الۡبَلَدِ (2)

Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ (3)

Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya;

لَقَدۡ خَلَقۡنَا الۡإِنسَانَ فِي كَبَدٍ (4)

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٌ (5)

Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالًا لُّبَدًا (6)

Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُ أَحَدٌ (7)

Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)?

أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ عَيۡنَيۡنِ (8)

(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?)

وَلِسَانًا وَشَفَتَيۡنِ (9)

Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

وَهَدَيۡنَاهُ النَّجۡدَيۡنِ (10)

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

فَلَا اقۡتَحَمَ الۡعَقَبَةَ (11)

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

وَمَا أَدۡرَاكَ مَا الۡعَقَبَةُ (12)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

فَكُّ رَقَبَةٍ (13)

(Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi;

أَوۡ إِطۡعَامٌ فِي يَوۡمٍ ذِي مَسۡغَبَةٍ (14)

Atau memberi makan pada hari kelaparan.

يَتِيمًا ذَا مَقۡرَبَةٍ (15)

Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

أَوۡ مِسۡكِينًا ذَا مَتۡرَبَةٍ (16)

Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوۡا بِالصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡا بِالۡمَرۡحَمَةِ (17)

Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

أُوۡلَئِكَ أَصۡحَابُ الۡمَيۡمَنَةِ (18)

(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمۡ أَصۡحَابُ الۡمَشۡأَمَةِ (19)

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.

عَلَيۡهِمۡ نَارٌ مُّؤۡصَدَةٌ (20)

Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas