Al-Quran/Al-Qasas

From Wikisource
(Redirected from Al-Quran/28)
Jump to navigation Jump to search
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة القصص

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

طسم (1)

Taa, Siin, Miim.

تِلۡكَ آيَاتُ الۡكِتَابِ الۡمُبِينِ (2)

Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan.

نَتۡلُوا عَلَيۡكَ مِن نَّبَإِ مُوسَي وَفِرۡعَوۡنَ بِالۡحَقِّ لِقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ (3)

Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.

إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي الۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعًا يَسۡتَضۡعِفُ طَائِفَةً مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ أَبۡنَاءهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِي نِسَاءهُمۡ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الۡمُفۡسِدِينَ (4)

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan.

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَي الَّذِينَ اسۡتُضۡعِفُوا فِي الۡأَرۡضِ وَنَجۡعَلَهُمۡ أَئِمَّةً وَنَجۡعَلَهُمُ الۡوَارِثِينَ (5)

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

وَنُمَكِّنَ لَهُمۡ فِي الۡأَرۡضِ وَنُرِي فِرۡعَوۡنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنۡهُم مَّا كَانُوا يَحۡذَرُونَ (6)

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.

وَأَوۡحَيۡنَا إِلَي أُمِّ مُوسَي أَنۡ أَرۡضِعِيهِ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ فَأَلۡقِيهِ فِي الۡيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحۡزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الۡمُرۡسَلِينَ (7)

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami

فَالۡتَقَطَهُ آلُ فِرۡعَوۡنَ لِيَكُونَ لَهُمۡ عَدُوًّا وَحَزَنًا إِنَّ فِرۡعَوۡنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ (8)

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

وَقَالَتِ امۡرَأَتُ فِرۡعَوۡنَ قُرَّتُ عَيۡنٍ لِّي وَلَكَ لَا تَقۡتُلُوهُ عَسَي أَن يَنفَعَنَا أَوۡ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (9)

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: (Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

وَأَصۡبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَي فَارِغًا إِن كَادَتۡ لَتُبۡدِي بِهِ لَوۡلَا أَن رَّبَطۡنَا عَلَي قَلۡبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الۡمُؤۡمِنِينَ (10)

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

وَقَالَتۡ لِأُخۡتِهِ قُصِّيهِ فَبَصُرَتۡ بِهِ عَن جُنُبٍ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (11)

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

وَحَرَّمۡنَا عَلَيۡهِ الۡمَرَاضِعَ مِن قَبۡلُ فَقَالَتۡ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَي أَهۡلِ بَيۡتٍ يَكۡفُلُونَهُ لَكُمۡ وَهُمۡ لَهُ نَاصِحُونَ (12)

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?

فَرَدَدۡنَاهُ إِلَي أُمِّهِ كَيۡ تَقَرَّ عَيۡنُهَا وَلَا تَحۡزَنَ وَلِتَعۡلَمَ أَنَّ وَعۡدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (13)

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya) dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسۡتَوَي آتَيۡنَاهُ حُكۡمًا وَعِلۡمًا وَكَذَلِكَ نَجۡزِي الۡمُحۡسِنِينَ (14)

Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

وَدَخَلَ الۡمَدِينَةَ عَلَي حِينِ غَفۡلَةٍ مِّنۡ أَهۡلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيۡنِ يَقۡتَتِلَانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنۡ عَدُوِّهِ فَاسۡتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَي الَّذِي مِنۡ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَي فَقَضَي عَلَيۡهِ قَالَ هَذَا مِنۡ عَمَلِ الشَّيۡطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ (15)

Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya).

قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمۡتُ نَفۡسِي فَاغۡفِرۡ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الۡغَفُورُ الرَّحِيمُ (16)

Dia merayu (dengan sesalnya): Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah (apalah jua kiranya) akan dosaku. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قَالَ رَبِّ بِمَا أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ فَلَنۡ أَكُونَ ظَهِيرًا لِّلۡمُجۡرِمِينَ (17)

Dia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah.

فَأَصۡبَحَ فِي الۡمَدِينَةِ خَائِفًا يَتَرَقَّبُ فَإِذَا الَّذِي اسۡتَنصَرَهُ بِالۡأَمۡسِ يَسۡتَصۡرِخُهُ قَالَ لَهُ مُوسَي إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُّبِينٌ (18)

Semenjak itu, tinggallah dia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!

فَلَمَّا أَنۡ أَرَادَ أَن يَبۡطِشَ بِالَّذِي هُوَ عَدُوٌّ لَّهُمَا قَالَ يَا مُوسَي أَتُرِيدُ أَن تَقۡتُلَنِي كَمَا قَتَلۡتَ نَفۡسًا بِالۡأَمۡسِ إِن تُرِيدُ إِلَّا أَن تَكُونَ جَبَّارًا فِي الۡأَرۡضِ وَمَا تُرِيدُ أَن تَكُونَ مِنَ الۡمُصۡلِحِينَ (19)

Maka ketika dia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai.

وَجَاء رَجُلٌ مِّنۡ أَقۡصَي الۡمَدِينَةِ يَسۡعَي قَالَ يَا مُوسَي إِنَّ الۡمَلَأَ يَأۡتَمِرُونَ بِكَ لِيَقۡتُلُوكَ فَاخۡرُجۡ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ (20)

Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu

فَخَرَجَ مِنۡهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الۡقَوۡمِ الظَّالِمِينَ (21)

Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.

وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلۡقَاء مَدۡيَنَ قَالَ عَسَي رَبِّي أَن يَهۡدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ (22)

Dan setelah dia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah dia dengan berkata: Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,.

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدۡيَنَ وَجَدَ عَلَيۡهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسۡقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امۡرَأتَيۡنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطۡبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسۡقِي حَتَّي يُصۡدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيۡخٌ كَبِيرٌ (23)

Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing) dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: Apa hal kamu berdua? Mereka menjawab: Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga penggembala-penggembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.

فَسَقَي لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّي إِلَي الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلۡتَ إِلَيَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيرٌ (24)

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

فَجَاءتۡهُ إِحۡدَاهُمَا تَمۡشِي عَلَي اسۡتِحۡيَاء قَالَتۡ إِنَّ أَبِي يَدۡعُوكَ لِيَجۡزِيَكَ أَجۡرَ مَا سَقَيۡتَ لَنَا فَلَمَّا جَاءهُ وَقَصَّ عَلَيۡهِ الۡقَصَصَ قَالَ لَا تَخَفۡ نَجَوۡتَ مِنَ الۡقَوۡمِ الظَّالِمِينَ (25)

Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.

قَالَتۡ إِحۡدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسۡتَأۡجِرۡهُ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ اسۡتَأۡجَرۡتَ الۡقَوِيُّ الۡأَمِينُ (26)

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنۡ أُنكِحَكَ إِحۡدَي ابۡنَتَيَّ هَاتَيۡنِ عَلَي أَن تَأۡجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنۡ أَتۡمَمۡتَ عَشۡرًا فَمِنۡ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنۡ أَشُقَّ عَلَيۡكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ (27)

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya.

قَالَ ذَلِكَ بَيۡنِي وَبَيۡنَكَ أَيَّمَا الۡأَجَلَيۡنِ قَضَيۡتُ فَلَا عُدۡوَانَ عَلَيَّ وَاللَّهُ عَلَي مَا نَقُولُ وَكِيلٌ (28)

Musa menjawab: Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu.

فَلَمَّا قَضَي مُوسَيالۡأَجَلَ وَسَارَ بِأَهۡلِهِ آنَسَ مِن جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ لِأَهۡلِهِ امۡكُثُوا إِنِّي آنَسۡتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنۡهَا بِخَبَرٍ أَوۡ جَذۡوَةٍ مِنَ النَّارِ لَعَلَّكُمۡ تَصۡطَلُونَ (29)

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), dia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri.

فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِي مِن شَاطِئِ الۡوَادِي الۡأَيۡمَنِ فِي الۡبُقۡعَةِ الۡمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَي إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الۡعَالَمِينَ (30)

Maka ketika dia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. (Sesungguhnya api itu adalah sebagai satu isyarat yang didatangkan oleh Allah untuk menarik perhatian Musa ke tempat itu dan bukannya Zat Allah, Wallahu A'lam

وَأَنۡ أَلۡقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهۡتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّي مُدۡبِرًا وَلَمۡ يُعَقِّبۡ يَا مُوسَي أَقۡبِلۡ وَلَا تَخَفۡ إِنَّكَ مِنَ الۡآمِنِينَ (31)

Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. (Dia pun mencampaknya), maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.

اسۡلُكۡ يَدَكَ فِي جَيۡبِكَ تَخۡرُجۡ بَيۡضَاء مِنۡ غَيۡرِ سُوءٍ وَاضۡمُمۡ إِلَيۡكَ جَنَاحَكَ مِنَ الرَّهۡبِ فَذَانِكَ بُرۡهَانَانِ مِن رَّبِّكَ إِلَي فِرۡعَوۡنَ وَمَلَئِهِ إِنَّهُمۡ كَانُوا قَوۡمًا فَاسِقِينَ (32)

Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (derhaka).

قَالَ رَبِّ إِنِّي قَتَلۡتُ مِنۡهُمۡ نَفۡسًا فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ (33)

Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku

وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفۡصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرۡسِلۡهُ مَعِيَ رِدۡءًا يُصَدِّقُنِي إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ (34)

Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku.

قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجۡعَلُ لَكُمَا سُلۡطَانًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيۡكُمَا بِآيَاتِنَا أَنتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الۡغَالِبُونَ (35)

Allah berfirman: Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun) dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang.

فَلَمَّا جَاءهُم مُّوسَي بِآيَاتِنَا بَيِّنَاتٍ قَالُوا مَا هَذَا إِلَّا سِحۡرٌ مُّفۡتَرًي وَمَا سَمِعۡنَا بِهَذَا فِي آبَائِنَا الۡأَوَّلِينَ (36)

Setelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat-buat dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.

وَقَالَ مُوسَي رَبِّي أَعۡلَمُ بِمَن جَاء بِالۡهُدَي مِنۡ عِندِهِ وَمَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ إِنَّهُ لَا يُفۡلِحُ الظَّالِمُونَ (37)

Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayat petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.

وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَا أَيُّهَا الۡمَلَأُ مَا عَلِمۡتُ لَكُم مِّنۡ إِلَهٍ غَيۡرِي فَأَوۡقِدۡ لِي يَا هَامَانُ عَلَي الطِّينِ فَاجۡعَل لِّي صَرۡحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَي إِلَهِ مُوسَي وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الۡكَاذِبِينَ (38)

Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.

وَاسۡتَكۡبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ الۡحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمۡ إِلَيۡنَا لَا يُرۡجَعُونَ (39)

Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

فَأَخَذۡنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذۡنَاهُمۡ فِي الۡيَمِّ فَانظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ (40)

Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim.

وَجَعَلۡنَاهُمۡ أَئِمَّةً يَدۡعُونَ إِلَي النَّارِ وَيَوۡمَ الۡقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ (41)

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke Neraka (dengan kekufurannya) dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.

وَأَتۡبَعۡنَاهُمۡ فِي هَذِهِ الدُّنۡيَا لَعۡنَةً وَيَوۡمَ الۡقِيَامَةِ هُم مِّنَ الۡمَقۡبُوحِينَ (42)

Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.

وَلَقَدۡ آتَيۡنَا مُوسَي الۡكِتَابَ مِن بَعۡدِ مَا أَهۡلَكۡنَا الۡقُرُونَ الۡأُولَي بَصَائِرَ لِلنَّاسِ وَهُدًي وَرَحۡمَةً لَّعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ (43)

Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.

وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الۡغَرۡبِيِّ إِذۡ قَضَيۡنَا إِلَي مُوسَي الۡأَمۡرَ وَمَا كُنتَ مِنَ الشَّاهِدِينَ (44)

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.

وَلَكِنَّا أَنشَأۡنَا قُرُونًا فَتَطَاوَلَ عَلَيۡهِمُ الۡعُمُرُ وَمَا كُنتَ ثَاوِيًا فِي أَهۡلِ مَدۡيَنَ تَتۡلُو عَلَيۡهِمۡ آيَاتِنَا وَلَكِنَّا كُنَّا مُرۡسِلِينَ (45)

Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah agama yang mereka anuti) dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).

وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الطُّورِ إِذۡ نَادَيۡنَا وَلَكِن رَّحۡمَةً مِّن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوۡمًا مَّا أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبۡلِكَ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ (46)

Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).

وَلَوۡلَا أَن تُصِيبَهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ فَيَقُولُوا رَبَّنَا لَوۡلَا أَرۡسَلۡتَ إِلَيۡنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ وَنَكُونَ مِنَ الۡمُؤۡمِنِينَ (47)

Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya) dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).

فَلَمَّا جَاءهُمُ الۡحَقُّ مِنۡ عِندِنَا قَالُوا لَوۡلَا أُوتِيَ مِثۡلَ مَا أُوتِيَ مُوسَي أَوَلَمۡ يَكۡفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَي مِن قَبۡلُ قَالُوا سِحۡرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ (48)

Maka ketika datang kepada mereka kebenaran (Al-Quran) dari sisi Kami, mereka berkata pula: Hendaknya (Muhammad) diberi (Kitab agama yang diturunkan dengan sekaligus) sebagaimana Kitab Taurat yang diberikan kepada Musa. Bukankah mereka dahulu telah kufur ingkar akan apa yang diberikan kepada Nabi Musa? Mereka berkata lagi: Kedua-duanya (Al-Quran dan Taurat) itu ialah sihir yang saling membantu (yang satu menyokong yang lain) dan mereka berkata pula: Sesungguhnya kami kufur ingkar terhadap Kitab-kitab itu semuanya!

قُلۡ فَأۡتُوا بِكِتَابٍ مِّنۡ عِندِ اللَّهِ هُوَ أَهۡدَي مِنۡهُمَا أَتَّبِعۡهُ إِن كُنتُمۡ صَادِقِينَ (49)

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya, supaya aku menurutnya. (Bawalah dia) jika betul kamu orang-orang yang benar.

فَإِن لَّمۡ يَسۡتَجِيبُوا لَكَ فَاعۡلَمۡ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهۡوَاءهُمۡ وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيۡرِ هُدًي مِّنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهۡدِي الۡقَوۡمَ الظَّالِمِينَ (50)

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).

وَلَقَدۡ وَصَّلۡنَا لَهُمُ الۡقَوۡلَ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ (51)

Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).

الَّذِينَ آتَيۡنَاهُمُ الۡكِتَابَ مِن قَبۡلِهِ هُم بِهِ يُؤۡمِنُونَ (52)

Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.

وَإِذَا يُتۡلَي عَلَيۡهِمۡ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الۡحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلِهِ مُسۡلِمِينَ (53)

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.

أُوۡلَئِكَ يُؤۡتَوۡنَ أَجۡرَهُم مَّرَّتَيۡنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدۡرَؤُونَ بِالۡحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَاهُمۡ يُنفِقُونَ (54)

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغۡوَ أَعۡرَضُوا عَنۡهُ وَقَالُوا لَنَا أَعۡمَالُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَالُكُمۡ سَلَامٌ عَلَيۡكُمۡ لَا نَبۡتَغِي الۡجَاهِلِينَ (55)

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil.

إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَاء وَهُوَ أَعۡلَمُ بِالۡمُهۡتَدِينَ (56)

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).

وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الۡهُدَي مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَا أَوَلَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا آمِنًا يُجۡبَي إِلَيۡهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيۡءٍ رِزۡقًا مِن لَّدُنَّا وَلَكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (57)

Dan mereka (yang kafir) berkata: Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta-merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang). Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Mekah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).

وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ بَطِرَتۡ مَعِيشَتَهَا فَتِلۡكَ مَسَاكِنُهُمۡ لَمۡ تُسۡكَن مِّن بَعۡدِهِمۡ إِلَّا قَلِيلًا وَكُنَّا نَحۡنُ الۡوَارِثِينَ (58)

Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهۡلِكَ الۡقُرَي حَتَّي يَبۡعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتۡلُو عَلَيۡهِمۡ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهۡلِكِي الۡقُرَي إِلَّا وَأَهۡلُهَا ظَالِمُونَ (59)

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيۡءٍ فَمَتَاعُ الۡحَيَاةِ الدُّنۡيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيۡرٌ وَأَبۡقَي أَفَلَا تَعۡقِلُونَ (60)

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

أَفَمَن وَعَدۡنَاهُ وَعۡدًا حَسَنًا فَهُوَ لَاقِيهِ كَمَن مَّتَّعۡنَاهُ مَتَاعَ الۡحَيَاةِ الدُّنۡيَا ثُمَّ هُوَ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ مِنَ الۡمُحۡضَرِينَ (61)

(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu dia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian dia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab Neraka)?

وَيَوۡمَ يُنَادِيهِمۡ فَيَقُولُ أَيۡنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنتُمۡ تَزۡعُمُونَ (62)

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu, yang kamu anggap mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?

قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيۡهِمُ الۡقَوۡلُ رَبَّنَا هَؤُلَاء الَّذِينَ أَغۡوَيۡنَا أَغۡوَيۡنَاهُمۡ كَمَا غَوَيۡنَا تَبَرَّأۡنَا إِلَيۡكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعۡبُدُونَ (63)

Mereka yang berhak menerima hukuman (azab Neraka) berkata: Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri).

وَقِيلَ ادۡعُوا شُرَكَاءكُمۡ فَدَعَوۡهُمۡ فَلَمۡ يَسۡتَجِيبُوا لَهُمۡ وَرَأَوُا الۡعَذَابَ لَوۡ أَنَّهُمۡ كَانُوا يَهۡتَدُونَ (64)

Dan dikatakan (kepada mereka): Panggillah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu). lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.

وَيَوۡمَ يُنَادِيهِمۡ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبۡتُمُ الۡمُرۡسَلِينَ (65)

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?

فَعَمِيَتۡ عَلَيۡهِمُ الۡأَنبَاء يَوۡمَئِذٍ فَهُمۡ لَا يَتَسَاءلُونَ (66)

Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu), serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri.

فَأَمَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَعَسَي أَن يَكُونَ مِنَ الۡمُفۡلِحِينَ (67)

(Demikianlah akibat orang-orang derhaka), adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah dia dari orang-orang yang berjaya.

وَرَبُّكَ يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَيَخۡتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الۡخِيَرَةُ سُبۡحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَي عَمَّا يُشۡرِكُونَ (68)

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

وَرَبُّكَ يَعۡلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمۡ وَمَا يُعۡلِنُونَ (69)

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الۡحَمۡدُ فِي الۡأُولَي وَالۡآخِرَةِ وَلَهُ الۡحُكۡمُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (70)

Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

قُلۡ أَرَأَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيۡكُمُ اللَّيۡلَ سَرۡمَدًا إِلَي يَوۡمِ الۡقِيَامَةِ مَنۡ إِلَهٌ غَيۡرُ اللَّهِ يَأۡتِيكُم بِضِيَاء أَفَلَا تَسۡمَعُونَ (71)

Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?

قُلۡ أَرَأَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيۡكُمُ النَّهَارَ سَرۡمَدًا إِلَي يَوۡمِ الۡقِيَامَةِ مَنۡ إِلَهٌ غَيۡرُ اللَّهِ يَأۡتِيكُم بِلَيۡلٍ تَسۡكُنُونَ فِيهِ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (72)

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?

وَمِن رَّحۡمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيۡلَ وَالنَّهَارَ لِتَسۡكُنُوا فِيهِ وَلِتَبۡتَغُوا مِن فَضۡلِهِ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ (73)

Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

وَيَوۡمَ يُنَادِيهِمۡ فَيَقُولُ أَيۡنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنتُمۡ تَزۡعُمُونَ (74)

Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?

وَنَزَعۡنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا فَقُلۡنَا هَاتُوا بُرۡهَانَكُمۡ فَعَلِمُوا أَنَّ الۡحَقَّ لِلَّهِ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُوا يَفۡتَرُونَ (75)

Dan (pada hari itu) Kami keluarkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan (kepada golongan yang kafir): Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu. Maka (pada saat itu) ketahuilah mereka bahawa kebenaran (hak ketuhanan) itu tertentu bagi Allah dan (dengan itu), hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu.

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوۡمِ مُوسَي فَبَغَي عَلَيۡهِمۡ وَآتَيۡنَاهُ مِنَ الۡكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالۡعُصۡبَةِ أُولِي الۡقُوَّةِ إِذۡ قَالَ لَهُ قَوۡمُهُ لَا تَفۡرَحۡ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الۡفَرِحِينَ (76)

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

وَابۡتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الۡآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنۡيَا وَأَحۡسِن كَمَا أَحۡسَنَ اللَّهُ إِلَيۡكَ وَلَا تَبۡغِ الۡفَسَادَ فِي الۡأَرۡضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الۡمُفۡسِدِينَ (77)

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَي عِلۡمٍ عِندِي أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ اللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِ مِنَ القُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةً وَأَكۡثَرُ جَمۡعًا وَلَا يُسۡأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الۡمُجۡرِمُونَ (78)

Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

فَخَرَجَ عَلَي قَوۡمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الۡحَيَاةَ الدُّنيَا يَا لَيۡتَ لَنَا مِثۡلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (79)

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الۡعِلۡمَ وَيۡلَكُمۡ ثَوَابُ اللَّهِ خَيۡرٌ لِّمَنۡ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ (80)

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar.

فَخَسَفۡنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الۡأَرۡضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ المُنتَصِرِينَ (81)

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

وَأَصۡبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوۡا مَكَانَهُ بِالۡأَمۡسِ يَقُولُونَ وَيۡكَأَنَّ اللَّهَ يَبۡسُطُ الرِّزۡقَ لِمَن يَشَاء مِنۡ عِبَادِهِ وَيَقۡدِرُ لَوۡلَا أَن مَّنَّ اللَّهُ عَلَيۡنَا لَخَسَفَ بِنَا وَيۡكَأَنَّهُ لَا يُفۡلِحُ الۡكَافِرُونَ (82)

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!

تِلۡكَ الدَّارُ الۡآخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادًا وَالۡعَاقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ (83)

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

مَن جَاء بِالۡحَسَنَةِ فَلَهُ خَيۡرٌ مِّنۡهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَي الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعۡمَلُونَ (84)

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيۡكَ الۡقُرۡآنَ لَرَادُّكَ إِلَي مَعَادٍ قُل رَّبِّيأَعۡلَمُ مَن جَاء بِالۡهُدَي وَمَنۡ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (85)

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayat petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata.

وَمَا كُنتَ تَرۡجُو أَن يُلۡقَي إِلَيۡكَ الۡكِتَابُ إِلَّا رَحۡمَةً مِّن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ ظَهِيرًا لِّلۡكَافِرِينَ (86)

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharap supaya Kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu, (tetapi ia diturunkan kepadamu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu, oleh itu janganlah engkau menjadi penyokong bagi orang-orang kafir.

وَلَا يَصُدُّنَّكَ عَنۡ آيَاتِ اللَّهِ بَعۡدَ إِذۡ أُنزِلَتۡ إِلَيۡكَ وَادۡعُ إِلَي رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الۡمُشۡرِكِينَ (87)

Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik.

وَلَا تَدۡعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ كُلُّ شَيۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ لَهُ الۡحُكۡمُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (88)

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas