Surat Sultan Terengganu kepada Kapten Francis Light

From Wikisource
Jump to: navigation, search

Bahawa ini warqatul ikhlas yang terbit daripada fuaduzzakiyah iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Mansur Riayat Shah yang di atas takhta kerajaan alam Negeri Terengganu Darussalam barang disampaikan Tuhan Rabbul ibad apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita Gabenor Pulau Pinang yang ada dengan istirehat dan sihat dan afiat dalam daerah kantor Kompeni Inggeris serta memegang perintah yang masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin gagah perkasah lagi bijaksana dan setiawan dan budiman dan terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sahabat dan taulannya di bawah angin dan lagi teguh setianya serta mempunyai perangai yang lemah-lembut pada hal melakukan berkasih-kasihan tolong-menolong pada sekelian raja-raja dan orang besar-orang besar dan barang ditambah Tuhan Allah pangkat darjatnya serta beroleh gah kebesaran dan kemuliaan selama-lamanya dan lagi dipanjangkan Allah umur usianya dalam dunia dan diselamatkan Allah daripada segala mara bahaya selagi ada hayat zamannya.

Wa ba'du

Barang mafhum kiranya sahabat kita adalah kita menyuruh Sayyid Abdullah dan Nakhoda Bawa pergi ke Negeri Keling membawa kici kita apabila diselamatkan Allah sampai ke Pulau Pinang hendaklah sahabat kita tolong akan dia pada barang sesuatu hal-ehwalnya kesakitan dan kesukaran pada sekelian perkaranya serta sahabat kita suruh akan dia berlayar dengan segeranya kepada awal musim. Maka tiadalah sesuatu cenderamata hanyalah kain halus sehelai akan sahabat kita.

Diperbuat surat ini pada lima belas hari bulan Safar pada hari Ahad pada sanat 1200 (H/1785M).