Rukun Sepuluh

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
Rukun Sepuluh
S P T A C L R Perkara utama Keluaran 20:1-17 Ulangan 5:4-21
1 1 (1) Akulah YahwehTuhan kamu 2 “Akulah Yahweh Tuhan kamu, yang membawa keluar kamu dari Mesir, dari belenggu perhambaan. 6 “‘Akulah Yahweh, Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir, dari belenggu perhambaan.
1 1 2 1 1 1 1 Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan yang lain 3 “Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan tuhan lain. 7 “‘Kamu tidak boleh menyembah tuhan selain Aku.
2 2 2 1 1 1 2 Kamu tidak boleh mengukir sebarang gambar 4–6 “Kamu tidak boleh mengukir gambar untuk diri kamu sendiri, atau apa sahaja yang menyerupai apa yang ada di langit mahupun di bumi. Kamu tidak boleh rukuk dan sujud atau beribadah kepadanya kerana Aku Yahweh Tuhan kamu adalah Tuhan yang cemburu [akan semua itu], akan Ku-bawa ketidakadilan si bapa ke atas anak-anaknya sehingga tiga dan empat keturunan mereka yang membenci-Ku, namun akan Ku-tunjukkan kasih-sayang yang teguh kepada ribuan mereka yang mencintai-Ku dan yang memelihara rukun-Ku. 8–10 “‘Kamu tidak boleh mengukir gambar kamu atau apa yang menyerupai apa sahaja yang ada di langit atau di atas bumi atau di dalam air. Kamu tidak boleh rukuk dan sujud atau beribadah kepadanya; kerana Aku Yahweh Tuhan kamu adalah Tuhan yang cemburu [akan tuhan-tuhan lain], yang menimpakan ketidakadilan si ayah ke atas anak-anaknya sehingga tiga dan empat keturunan mereka yang membenci-Ku, tetapi memberikan kasih-sayang yang teguh kepada ribuan mereka yang mencintai-Ku dan memelihara rukun-Ku.
3 3 3 2 2 2 3 Kamu tidak boleh menyebut nama Yahweh Tuhan kamu dengan sia-sia 7 “Kamu tidak boleh menyebut nama Yahweh Tuhan kamu dengan sia-sia, kerana Yahweh tidak akan menghukum mereka yang menyebut nama-Nya dengan sia-sia sebagai tidak bersalah. 11 “‘Kamu tidak boleh menyebut nama Yahweh Tuhan kamu dengan sia-sia, kerana Yahweh tidak akan menghukum mereka yang menyebut nama-Nya dengan sia-sia sebagai tidak bersalah.
4 4 4 3 3 3 4 Ingatilah hari Sabtu, muliakanlahnya 8–11 “Ingatilah hari Sabtu, muliakanlahnya. Perahlah keringat kamu dan buatlah semua kerja kamu selama enam hari, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabtu buat Yahweh Tuhan kamu. Pada hari itu, kamu, anak lelaki dan perempuan kamu, hamba lelaki dan perempuan kamu, ternakan kamu atau penyinggah yang berada dalam pagar rumah kamu tidak boleh membuat apa sahaja kerja. Kerana dalam masa enam hari Yahweh telah mencipta langit dan bumi, laut dan segala yang ada di dalamnya, lalu beristirehat pada hari ketujuh. Kerana itu Yahweh memberkati hari Sabtu dan menjadikannya hari yang suci. 12–15 “‘Raikanlah hari Sabtu, muliakannya, sebagaimana yang diperintahkan Yahweh, Tuhanmu. Selama enam hari kamu mengerah keringat dan melakukan semua kerja kamu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabtu buat Yahweh, Tuhan kamu. Pada hari tersebut, kamu, anak-anak kamu, lelaki dan perempuan, hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, sapi atau keldai ataupun mana-mana ternakan kamu, atau penyinggah yang ada di dalam lingkungan pagar rumah kamu tidak boleh melakukan apa sahaja kerja, supaya hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, dapat berehat sebagaimana kamu. Kamu mesti ingat bahawa kamu pernah diperhambakan di Mesir, dan Yahweh Tuhan kamu membawa kamu keluar dari sana dengan tangan yang kuat dan lengan yang terentang. Jadi Yahweh Tuhan kamu memerintahkan kamu memelihara hari Sabtu.
5 5 5 4 4 4 5 Muliakan ibu bapamu 12 “Muliakan ibu bapamu, supaya hari-harimu berpanjangan di bumi yang dikurniakan Yahweh Tuhan kamu kepadamu. 16 “‘Muliakan ibu bapamu sebagaimana yang diperintahkan Yahweh Tuhanmu, agar hari-harimu berpanjangan, dan supaya hidupmu aman di bumi yang dikurniakan Yahweh Tuhanmu kepadamu.
6 7 6 5 5 5 6 Kamu tidak boleh membunuh 13 “Kamu tidak boleh membunuh. 17 “‘Kamu tidak boleh membunuh.
7 6 7 6 6 6 7 Kamu tidak boleh berzina 14 “Kamu tidak boleh berzina. 18 “‘Dan kamu tidak boleh berzina.
8 8 8 7 7 7 8 Kamu tidak boleh mencuri 15 “Kami tidak boleh mencuri. 19 “‘Dan kamu tidak boleh mencuri.
9 9 9 8 8 8 9 Kamu tidak boleh membuat kesaksian palsu terhadap jiran kamu 16 “Kamu tidak boleh membuat kesaksian palsu terhadap jiran kamu. 20 “‘Dan kamu tidak boleh membuat kesaksian palsu terhadap jiran kamu.
10 10 10 10 10 9 10 Kamu tidak boleh mendambakan rumah (atau tanah) jiran kamu 17a “Kamu tidak boleh mendambakan rumah jiran kamu; 21b “‘Dan kamu tidak boleh menginginkan rumah jiran kamu
10 10 10 9 9 10 10 Kamu tidak boleh mendambakan isteri (atau suami) jiran kamu 17b “kamu tidak boleh mendambakan isteri jiran kamu, 21a “‘Dan kamu tidak boleh mendambakan isteri jiran kamu.
10 10 10 10 10 10 10 Kamu tidak boleh mendambakan barang kepunyaan jiran kamu 17c “atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau sapinya, atau keldainya, atau apa sahaja yang dimiliki jiranmu.” 21c “atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau sapinya, atau keldainya, atau apa sahaja yang dimiliki jiranmu. ’