Perjanjian Madinah

From Wikisource
Jump to: navigation, search

Piagam Madinah[edit]

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih. Ini ialah surat perjanjian daripada Muhammad Rasulullah berkenaan urusan antara orang beriman dan orang Islam Quraisy dan Yathrib dan mereka yang mengikuti mereka dan berhubung kait dengan mereka dan yang berjuang bersama-sama mereka dalam pertempuran.

  1. Mereka adalah satu ummah yang lain daripada orang lain.
  2. Kaum muhajirin Quraisy akan membayar diyat menurut kebiasaan mereka dan akan menebus tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan yang biasa di kalangan orang beriman
  3. Bani Auf akan membayar diyat menurut kebiasaan mereka di Zaman Jahiliyah; setiap bahagian akan menebus tawanan dengan kebaikan dan keadilan yang biasa di kalangan orang beriman
  4. Begitu juga dengan Bani Sa'idah
  5. Begitu juga dengan Bani al-Harith
  6. Begitu juga dengan Bani Jusham
  7. Begitu juga dengan Bani al-Najjar