Perjanjian Hudaibiyah

From Wikisource
Jump to: navigation, search

Dengan nama Allah. Ini ialah syarat-syarat keamanan antara Muhammad putera Abdullah dengan Suhail ibn Amr, wakil Makkah. Tiada perperangan bersenjata selama 10 tahun. Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan membuat sebarang perjanjian dengan beliau, dia dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin menyertai Quraisy dan membuat sebarang perjanjian dengan Quraisy, dia dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya seorang lelaki muda atau seseorang yang bapanya masih hidup pergi kepada Muhammad tanpa keizinan bapa atau penjaganya, dia hendaklah dikembalikan kepada bapa atau penjaganya. Tetapi sekiranya seseorang pergi kepada Quraisy, dia tidak akan dkembalikan. Muhammad akan pulang tanpa masuk ke Makkah pada tahun ini. Tetapi beliau dan para pengikutnya boleh masuk ke Makkah, berada selama tiga hari dan menunaikan tawaf. Orang Quraisy akan berundur ke bukit-bukit sekeliling semasa tempoh tiga hari tersebut. Apabila Muhammad dan para pengikutnya masuk ke Makkah, mereka tidak akan membawa senjata kecuali pedang tersarung seperti mana para pengelana di Tanah Arab selalu membawanya. (Muslim:19,4401)