Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/7

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has not been proofread.

12. Sasaran2 "barisan bersatu" itu pada masa yang sudah2 yang utama-nya ia-lah pertubohan2 "ramai" sayap kiri yang bukan Komunis. Pertubohan2 ini maseh lagi menjadi sasaran yang mustahak saperti yang akan kelihatan di-dalam suatu bahagian kemudian kelak dalam kertas ini. Bagaimana pun dalam beberapa tahun yang terakhir ini dan oleh kerana mengakui hakikat bahawa di-dalam negeri2 yang telah menchapai kemerdekaan baharu2 ini pemerintahan-nya ada-lah di-pegang oleh gulongan kebangsaan dari perengkat pertengahan maka Parti2 Komunis telah di-nasehaktan supaya memikat dan bekerjasama, di-mana yang ter- dapat. dengan gulongan "pertengahan kebangsaan" dalam semua dasar yang akan membawa kepada ter- hapus-nya ikatan2 dengan negeri2 yang bukan Komunis. Perbuatan memiat gulongan pertengahan itu ada-lah sa-mata2 satu daleh bagi sementara sahaja yang ber- tujuan hendak menolong Komunis2 merebut kuasa. Apabila sahaja gulongan2 itu tiada berguna lagi maka ia pun di-buang-lah dengan chepat-nya. Chara perubahan ini boleh kelihatan dengan jelas-nya di- negeri China: di-sana apabila Komunis2 itu mula2 memegang kuasa, sa-bilangan besar ahli2 perniagaan tengah dan yang kechil2 telah di-benarkan mene- ruskan perniagaan-nya tetapi sa-lepas itu mereka telah di-hapiskan sadikit demi sadikit dengan penindasan yang sa-makin kuat, dan perniagaan mereka pun di- ambil oleh Kerajaan.

13. Dalam Congress yang ke-20 Parti Komunis Soviet Union pada tahun 195 itu telah di-nyatakan bahawa "pemberontakan bersenjata" tidak lagi di-fikir- kan menjadi suatu chara yang perlu bagi sa-buah Parti Komunis untok merampas kuasa. Sementara pem- berontakan bersenjata sa-bagai suatu jalan untok merampas kuasa itu tidak lagi di-pakai ia-itu sa- kurang-nya pada masa ini, maka tidak-lah bererti perbuatan mengangkat senjata telah di-ketepikan sama sa-kali. Sa-sunggoh-nya Pergerakan Komunis Antara

5