Malam-malam di Peshawar : Sessi 3

From Wikisource
Jump to: navigation, search

SESSI 3 (Sabtu malam, 25 Rejab 1345 H)

Al-Hafiz: Berdasarkan dari apa yang kamu katakan semalam, saya merumuskan bahawa Syiah terbahagi kepada beberapa golongan. Sila terangkan kepada kami puak yang mana kamu terima, supaya kita boleh menghadkan perbincangan ini terhadap golongan itu sahaja.

SYIAH TIDAK TERBAHAGI KEPADA GOLONGAN-GOLONGAN

Shirazi: Saya tidak katakan Syiah terbahagi kepada golongan. Syiah hanya taat kepada Allah dan mengikut Nabi dan keturunannya. Memang terdapat beberapa golongan yang telah mengambil pakai nama Syiah untuk memesongkan manusia. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada nama Syiah, untuk menyampaikan kepercayaan yang salah dan menyebarkan keraguan. Manusia yang tidak mengerti telah memasukkan mereka-mereka ini ke dalam Syiah. Terdapat empat golongan, dua darinya masih diamalkan: Zaidiyya, Kaysaniyya, Qaddahiyya dan Ghullat.

TENTANG ZAIDIYYAH

Zaidiyyah mengikut Zaidi Bin Ali Bin Husain. Mereka menganggap anak Imam Zainul Abidin, Zaid, menjadi penggantinya. Pada masa kini ramai golongan ini terdapat di Yaman dan kawasan sekitarnya. Mereka mempercayai bahawa dari keturunan Ali dan Fatimah, Dia adalah ‘Imam yang berpengetahuan, Taqwa, dan berani. Dia mengangkat senjata menentang musuh.’ Semasa pemerintahan yang kejam Khalifah Umayyah, Hisham Bin Abdul Malik, Hadhrat Zaid bangun menentang mereka yang berkuasa dan mendapat syahid, makanya diakui sebagai Imam oleh Zaidiyyah. Yang sebenarnya Zaid mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang dikatakan oleh Zaidiyyah untuknya. Dia adalah syahid yang agung dari Bani Hashim, dan telah terkenal dengan taqwanya, kebijaksanaan, wara' dan juga berani. Dia selalu berjaga malam dengan solat dan selalu berpuasa di waktu siangnya. Nabi telah meramalkan kesyahidannya, sebagaimana disampaikan oleh Imam Husain: ‘Nabi meletakkan tangannya yang suci di belakang daku dan berkata: "يا حسين سيخرج من صلبك رجل يقال له زيد يقتل شهيدا, فإذا كان يوم القيامة يتخطي هو وأصحابه رقاب الناس ويدخلون الجنة". ‘Wahai Husain, tidak lama lagi seorang lelaki akan dilahirkan dari keturunan kamu. Dia akan dipanggil Zaid: dia akan dibunuh sebagai syahid. Pada Hari di Bangkitkan, dia dan sahabat-sahabatnya akan masuk syurga, dengan kaki-kaki mereka di atas leher-leher manusia.’ Tetapi Zaid sendiri tidak pernah mengaku dirinya Imam. Hanyalah pendustaan dari manusia untuk mengatakan bahawa dia melakukannya. Yang sebenarnya dia mengakui Muhammad Al-Baqir sebagai Imam dan memberikan bai’ah [sepenuh ketaatan] kepada beliau.

Hanya setelah Muhammad Al-Baqir meninggal maka terdapat manusia yang tidak dikenali menggunakan doktrin [pendapat] bahawa ‘beliau bukanlah Imam yang duduk tinggal di rumah dan menyembunyikan diri dari manusia; Imam adalah seorang dari keturunan Ali dan Fatimah, alim, dan mengangkat pedang menentang musuh dan mengajak manusia ke pihaknya.’ Zaidiyyah terbahagi kepada lima puak: 1) Mughairiyyah 2) Jarudiyyah 3) Zakariyyah 4) Khashbiyyah dan 5) Khaliqiyyah.

KAYSANIYYAH DAN KEPERCAYAAN MEREKA

Kumpulan kedua adalah Kaysaniyyah. Ini adalah para sahabat Kaysan, seorang hamba Ali Bin Abi Talib, yang telah memerdekakan dirinya. Manusia ini percaya bahawa selepas Imam Hasan dan Imam Husain, Muhammad Hanafiyya, anak yang tua Amirul Mu'minin Ali yang kemudiannya, adalah Imam. Tetapi Muhammad Hanafiyya sendiri tidak pernah mengatakan ini. Dia digelar penganut yang ikhlas. Dia terkenal dengan pengetahuannya, wara', taqwa dan taat kepada perintah Ilahi. Sebahagian manusia yang jahil telah mengadakan bukti apa yang mereka katakan sebagai penentangan terhadap Imam Zainul Abidin. Mereka katakan bahawa Muhammad Hanafiyya mengaku menjadi Imam.Faktanya adalah yang bertentangan. Beliau tidak pernah mengaku menjadi Imam. Malahan beliau hendak menunjukkan kepada pengikutnya yang jahil tahap dan kedudukan Imam yang ke empat, Zainul Abidin. Keputusannya adalah, di dalam masjid yang suci apabila Hajaratul Aswad [batu hitam] mengesahkan akan Imamnya Zainul Abidin, Abu Khalid Kabuli, ketua bagi pengikut Muhammad Hanafiyya, bersama dengan pengikut yang lain, menerima Imam Zainul Abidin sebagai Imam. Tetapi sekumpulan orang yang licik telah memesongkan manusia awam yang jahil dengan mengatakan Muhammad Hanafiyya hanya menunjukkan kerendahan diri, bahawa pada pandangan Umayyah itu adalah sesuatu yang paling diharapkan untuk Muhammad Hanafiyya lakukan.

Setelah Muhammad Hanafiyya meninggal dunia, mereka-mereka ini mengatakan bahawa beliau tidak mati, dan beliau sedang menyembunyikan diri di dalam gua di gunung Rizwi, dan bahawa beliau muncul semula di masa akan datang untuk memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keamanan. Kumpulan ini mengandungi empat kumpulan kecil: 1)Mukhtariyya, 2)Karbiyya, 3)Ishaqiyya, 4) Harabiyya.

Tetapi tiada satu yang kekal kini.

QADDAHIYYA DAN KEPERCAYAAN MEREKA

Kumpulan ketiga, Qaddahiyya, menggelar diri mereka Syiah, tetapi sebenarnya adalah kumpulan musyrikun. Kumpulan ini berasal dari Mesir, diasaskan oleh Ma’mun Ibnu Salim [atau Disan] dikenali sebagai Qada dan Issa Chadar Lakhtan [Isa dari bahagian keempat] Mereka mentafsirkan Al-Quran dan merakamkan sejarah menurut sesuka hati mereka. Mereka mengatakan ada dua bentuk kefahaman terhadap agama: satu yang rahsia [batin], dan satu lagi yang zahir. Yang rahsia telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi berikan kepada Ali, dan beliau berikan kepada keturunannya dan ahli Syiah yang suci. Mereka berkepercayaan bahawa ahli yang mengetahui yang rahsia [batin] dikecualikan dari solat dan menyembah Allah. Mereka ini telah mengasaskan agama mereka pada yang tujuh. Mereka percaya kepada tujuh Rasul, tujuh Imam, Imam yang ketujuh sedang ghaib. Mereka sedang menunggu kedatangannya. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan:

1.Kumpulan Nasiriyya adalah para sahabat Nasir Khusru Alawi, yang melalui syair, ucapan, dan kitabnya telah menarik ramai manusia kepada kekafiran. Mereka tersebar luas di Tabaristan dengan jumlah yang ramai.

2.Sabahiyya [dikenali di barat sebagai pembunuh upahan]. Mereka adalah para sahabat Hasan Saba, berasal dari Mesir yang datang ke Iran, dan penyebab peristiwa ngeri Alamut, yang berkeputusan dengan pembunuhan terhadap manusia yang ramai. Fakta ini telah tersimpan di dalam rekod sejarah.

GHULAT DENGAN KEPERCAYAANNYA

Kumpulan keempat adalah Ghulat, yang paling dibenci dari kesemua kumpulan. Mereka dikenali secara selewengan sebagai Syiah. Yang sebenarnya mereka adalah kafir. Mereka terbahagi kepada tujuh kumpulan:

1.Saba’iyya

2.Mansuriyya

3.Gharabiyya

4.Bazighiyya

5.Ya'aqubiyya

6.Isma’illiyya

7.Azdariyya

Bukan sahaja kami Syiah Ithna Asy'ari [dua belas Imam] tetapi semua Muslim diseluruh dunia menolak kepercayaan mereka.

KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH DAN RASUL

Golongan Syiah Imamiyyah percaya kepada Allah yang kekal. Dia yang Esa, dalam erti keesaan yang satu di dalam adaNya. Dia adalah SATU dengan tidak ada apa pada bandingannya. Dia yang menjadikan segala sesuatu yang ada. Tidak ada yang setanding dengannya dalam apa jua. Para Nabi telah dihantar untuk mengajar manusia mengenai Allah, bagaimana untuk menyembahNya, dan bagaimana untuk mengenaliNya. Kesemua Nabi menyampai dan membimbing manusia mengikut peraturan yang telah ditunjukkan oleh lima Nabi Utama: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan yang akhir Muhammad; yang mana agamanya akan berakhir sehingga ke Hari dibangkitkan.

KEPERCAYAAN KEPADA SEKSAAN, PAHALA, SYURGA, NERAKA DAN HARI PENGADILAN

Allah yang Maha Perkasa telah menentukan setiap ganjaran terhadap amalan kita, yang akan diberikan kepada kita di dalam syurga atau neraka. Hari bagi menentukan pemberian ganjaran ini dikatakan Hari Pengadilan. Apabila dunia ini telah kiamat, Allah akan menghidupkan semula semua makhluk di dunia ini dari mula hingga akhirnya. Dia akan mengumpulkan mereka di Mahsyar, di suatu tempat di mana semua ruh dikumpulkan. Setelah dipertimbangkan dengan adil, setiap orang akan mendapat ganjaran atau seksaan menurut amalan mereka.

Perkara ini telah tertulis di dalam semua Kitab-Kitab Allah: Taurat, Injil dan juga Al-Quran. Untuk kita, punca yang paling sahih sebagai petunjuk adalah Al-Quran, yang telah sampai kepada kita semenjak dari zaman Nabi tanpa ada sebarang perubahan. Kita bertindak mengikut arahan yang terkandung di dalamnya, dan kita berharap akan mendapat ganjaran dari Allah. Kita percaya di dalam segala arahan yang wajib yang ada di dalamnya seperti solat, puasa, zakat dan khumus [cukai tahunan agama], haji dan jihad.

KEPERCAYAAN DI DALAM PERKARA AMAL IBADAH

Begitu juga, kami percaya di dalam perkara-perkara amal ibadah dalam agama, termasuk yang wajib, yang sunat, dan semua peraturan-peraturan yang lain yang telah sampai kepada kita melalui Nabi. Kami berazam untuk mematuhi dan melaksanakan sebaik mungkin yang terdaya. Dan kami menahan diri dari melakukan maksiat, kecil atau besar seperti minum arak, berjudi, fitnah, liwat, rasuah, membunuh, zalim dan lainnya yang dilarang di dalam Al-Quran dan hadith.

KEPERCAYAAN KEPADA IMAM

Kami Syiah percaya bahawa, sebagaimana adanya pesuruh dari Allah yang telah menyampaikan kepada kita perintah dan peraturan, dan yang telah dipilih dan diperkenalkan kepada kita oleh Allah, maka terdapat juga pengganti, Khalifah [ketua] atau penjaga agama, yang juga dilantik oleh Allah, dan diperkenalkan kepada kita oleh Nabi. Begitulah peraturannya, semua Nabi Allah memperkenalkan penggantinya kepada ummah mereka. Rasul yang terakhir, yang paling sempurna dan paling tinggi di antara semua Nabi Allah, telah meninggalkan kepada pengikutnya Petunjuk untuk menolong manusia menjauhkan diri dari keraguan. Menurut dari hadith yang terkenal, Baginda memperkenalkan kepada manusia 12 pengganti Baginda: Pertama Ali Bin Abi Talib. Imam yang terakhir, Mahdi, yang masih berada di dunia tetapi tersembunyi, akan keluar pada masa akan datang yang tidak diketahui manusia, dan akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keamanan.

Syiah Imamiyyah juga percaya bahawa ke semua 12 Imam ini telah dipilih oleh Allah, dan telah diperkenalkan kepada kita melalui Rasul yang akhir. Imam yang akhir telah ghaib dari pandangan [dengan arahan Ilahi] sebagaimana Imam-Imam yang terdahulu ghaib, semasa hayat Nabi-nabi yang terdahulu, sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak kitab-kitab yang ditulis oleh ulama kamu.

Jiwa yang suci ini telah diselamatkan oleh Allah supaya suatu hari nanti beliau akan memenuhi dunia ini dengan keadilan. Secara ringkas Syiah percaya kepada semua yang ada terkandung di dalam Al-Quran dan hadith yang sahih. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kepercayaan ini, tidaklah hanya sebagai ikutan secara membuta tuli dari kedua ibu bapa saya tetapi dari pengajian dan hujah-hujah yang bernas dan yang diterima akal.

Al-Hafiz: Harap maaf tuan, saya amat berterima kasih kepada kamu kerana dapat memberikan penjelasan terhadap kepercayaan Syiah, tetapi terdapat hadith dan doa di dalam kitab-kitab kamu yang mengatakan sebaliknya dari keterangan kamu dan telah menunjukkan menyimpangnya Syiah.

Shirazi: Harap dapat dinyatakan dengan tepat.

BANTAHAN TERHADAP HADITH MENGENAI MA’RIFAH

Al-Hafiz: Di dalam ‘Tafsir Sofi’ ditulis oleh seorang ulama kamu yang berkedudukan tinggi, Faiz Kasyani, terdapat satu hadith bahawa satu hari Imam Husain, syahid Karbala, berucap kepada para sahabatnya dengan berkata: ‘Wahai manusia, Allah tidak menjadikan hambanya tetapi untuk mengenali Dia. Apabila mereka mengenali Dia, mereka akan menyembahNya, apabila mereka menyembahNya, mereka menjadi penentang kepada sembahan yang lainnya.’Seorang dari sahabat bertanya: ‘Semoga nyawa bapa dan ibu kami dikorbankan untuk kamu! Wahai anak Nabi! Apakah maksud sebenar pengertian mengenali Allah? Imam menjawab: ‘Untuk setiap orang pada mengenal Allah bererti mengenali Imam masanya, yang perlu ditaati.’

Shirazi: Pertama, kita harus teliti rangkaian penyampai hadith tersebut supaya kita dapat mengatakan ianya sahih. Walaupun jika ianya betul jika dilihat pada rangkaian penyampainya, ayat-ayat Al-Quran dan hadith Nabi yang tidak dipertikaikan sahihnya mengenai KeEsaan Allah tidak boleh diketepikan hanya kerana kenyataan seseorang. Mengapa kamu tidak meneliti hadith dan kata-kata Imam kami, dan dialog agama di antara ketua agama kami dengan atheis, yang telah membukti keEsaan Allah? Mengapa kamu tidak merujuk kepada kitab panduan dan komentari Syiah, seperti ‘Tauhid Mufazzal’, ‘Tauhid Saduq’, ‘Biharul-Anwar’ [Kitab mengenai tauhid] dari Allamah Majlisi dan kitab-kitab lain yang ditulis oleh ulama Syiah, yang penuh dengan hadith yang bersambung dari para Imam?

Mengapa kamu tidak membaca ‘An Naktul I’tiqadiyyah’, oleh Sheikh Mufid [m. 413H] salah seorang ulama Syiah, dan juga kitabnya ‘Awailul-Maqalat fil-Mazahib wal-Mukhtarra’ atau ‘Ihtijaj’ oleh Alim terkenal, Abu Mansur Ahmad Bin Ali Bin Abu Talib Tabrasi. Jika kamu telah membacanya kamu akan tahu bagaimana Imam kami, Imam Redha telah membuktikan KeEsaan Allah. Adalah tidak adil untuk memetik laporan yang tidak berasas hanya untuk menghina Syiah. Kitab kamu sendiri mengandungi dongengan dan idea [pendapat] yang aneh. Malah hadith yang mengarut [tidak masuk akal] terdapat di kebanyakan kitab-kitab hadith sahih kamu iaitu ‘Sihah Sittah [iaitu enam kitab hadith yang sahih]

Al-Hafiz: Bahkan kata-kata kamu telah melampau, kini kamu mencari kesalahan pada kitab yang keagungannya dan kesahihannya tidak diragukan lagi, terutama sahih Bukhari, dan sahih Muslim. Ulama kami telah sepakat bahawa semua hadith yang ada di dalamnya adalah benar. Jika sesiapa menolak kedua kitab ini, dia telah menolak golongan Sunnah. Selepas Al-Quran yang suci, Sunni bergantung kepada kesahihan kedua kitab ini. Mungkin kamu telah melihat maksud Ibnu Hajar Makki pada permulaan kitabnya ‘Sowaiq Muhriqah’, Bab ‘Kaifiyah Khilafah’ [peristiwa Khalifahnya Abu Bakar (Saqifah)] sebagaimana dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka, ianya adalah kitab yang paling dipercayai selepas Al-Quran, menurut kesepakatan semua pengikut [iaitu ummah]. Dia telah mengatakan, oleh kerana kesemua ummah sepakat menerima hadith-hadith dari kitab ini, maka apa sahaja yang telah disepakati oleh ummah tidak boleh dipersoalkan. Mengasaskan pada persetujuan ini, maka kesemua hadith yang ada di dalam kitab ini dengan tidak diragukan lagi telah boleh diterima. Makanya tiada siapa yang punya keberanian untuk menyatakan bahawa kitab ini mengandungi perkara dongeng dan tidak masuk akal.

LAPORAN YANG ANEH DI DALAM KOLEKSI KEDUA SHEIKH BUKHARI DAN MUSLIM

Shirazi: Pertama, bahawa kitab ini telah diterima oleh semua komuniti [ummah] adalah terbuka pada bangkangan. Kenyataan kamu dengan merujuk kepada Ibnu Hajar adalah dengan sendirinya tidak diterima akal, kerana 100 juta Muslim tidak menerima pendapat ini. Makanya kesepakatan seluruh ummah dalam perkara ini samalah seperti kesepakatan yang dikatakan oleh ulama kamu di dalam perkara perlantikan Khalifah.

Kedua, apa yang saya katakan berasaskan dari penghujahan yang diterima pakai. Jika kamu kaji kitab-kitab tersebut dengan minda yang terbuka, kamu akan terperanjat. Banyak dari ulama kamu yang terkenal, seperti Dar Qutni, Ibnu Hazam, Allamah Abul-fazl Ja'afar Bin Thalabi di dalam kitabnya ‘Kitabul-Imta’ fi Ahkamus-Sama’, Sheikh Abdul Qadir Bin Muhammad Qarshi di dalam kitabnya ‘Jawahirul-Mazay’a fi Tabaqatul-Hanafiyya’, dan lainnya, termasuk kesemua ulama Hanafi, telah mengkritik kedua sahih ini, dan mengaku terdapatnya beberapa hadith yang lemah dan juga yang tidak disahkan. Objektif sebenar Bukhari dan Muslim hanya sekadar untuk mengumpulkan hadith; bukan untuk mempertimbangkan akan kesahihannya. Beberapa orang para penyelidik kamu, seperti Kamaluddin Ja'afar Bin Soleh telah bersusah payah untuk menunjukkan akan kecacatan dan kekurangan pada hadith-hadith itu dan telah menunjukkan asas-asas yang diterima di dalam menyokong pada hujah mereka.

Al-Hafiz: Saya menghargai jika kamu boleh bentangkan hujah-hujah itu, supaya hadirin semua boleh mengetahui perkara yang sebenar.

Shirazi: Saya akan menyebutkan beberapa contoh.

RUJUKAN MENGENAI MELIHAT ALLAH

Jika kamu ingin mengkaji hadith yang menyimpang mengenai penyerupaan Allah, yang mengatakan bahawa Dia sebagai yang bertubuh, boleh dilihat di dunia ini, atau boleh dilihat di akhirat [sebagaimana yang dipercayai oleh Sunni, iaitu Khususnya Hanbali dan Asy'ari] kamu boleh merujuk dari kitab kamu, terutama sahih Bukhari Jilid I, di dalam bahagian ‘Fazlas-Sujud Min Kitabul-Adhan’, muka surat 100; Jilid IV, muka surat 92; dari sahih Muslim, ‘Babus-Sira Min Kitabur-Riqaq’ dan juga sahih Muslim, Jilid I, di dalam Bab ‘Isbatul-Ruyatul-Mu'minin Rabbahum Fil-Akhira,’ muka surat 86; dan ‘Musnad’ Imam Hanbal, Jilid II, muka surat 275. Kamu akan menjumpai maklumat yang mencukupi berkenaan tajuk jenis ini di dalam kitab tersebut. Sebagai contoh, Abu Hurairah berkata: "إن النار تزفر وتتقيظ شديدا, فلا تسكن حتى يضع الرب قدمه فيها, فتقول : قط قط, حسبي حسبي ". ‘Gempar dan goncangan [menggelegak] neraka makin bertambah, ianya tidak akan tenteram sehingga Allah meletakkan kaki ke dalamnya. Neraka akan berkata, cukup, cukup! Telah mencukupi untuk saya.’

Abu Hurairah juga mengatakan bahawa sekumpulan manusia bertanya kepada Nabi, ‘Dapatkah kita melihat Yang Menjadikan pada Hari Pengadilan? Dia menjawab: ‘Sudah pasti. Pada tengah hari apabila langit cerah, adakah matahari menyakitkan kamu, jika kamu melihat kepadanya?’ Mereka berkata, ‘Tidak’ Dia berkata lagi, ‘Di waktu malam jika kamu melihat kepada bulan penuh dilangit yang cerah, adakah ianya menyakitkan kamu? Mereka berkata, ‘Tidak’ Dia meneruskan, ‘Maka apabila kamu melihat Allah pada Hari Pengadilan, kamu tidak akan merasa sakit, sebagaimana ianya tidak sakit pada melihat ini [matahari dan bulan] Apabila Hari Pengadilan tiba, ianya akan diisytiharkan oleh Allah bahawa setiap ummah akan mengikuti Tuhan mereka. Maka setiap orang yang menyembah berhala atau yang selain dari Allah, yang Satu, akan dimasukkan ke dalam neraka. Begitu juga semuanya orang yang baik dan jahat akan dimasukkan ke dalamnya, melainkan yang menyembah Allah yang Esa. Mereka akan berada di dalam api neraka.

Pada masa itu Allah akan menjelma, dalam satu bentuk di hadapan manusia supaya mereka dapat melihat. Kemudian Allah akan memberitahu mereka yang ianya adalah Allah Tuhan mereka. Yang beriman akan berkata, ‘Kami berlindung denganMu Allah. Kami tidaklah tergolong dengan mereka yang menyembah yang lain; melainkan Allah.’ Allah akan menjawab, ‘Adakah kamu mempunyai apa-apa tanda di antara kamu dengan Allah, supaya kamu dapat melihatnya dan mengenalinya? Mereka berkata, ‘Ya’ Maka Allah menunjukkan kakinya yang tidak berbalut. Kemudian yang beriman akan mengangkat kepalanya ke atas dan melihat kepadaNya di dalam keadaan yang sama seperti mereka melihatnya pada pertama kali dahulu. Kemudian Allah akan berkata bahawa Dialah yang Menjadikan. Kesemuanya akan mengakui bahawa Dia adalah Allah mereka.’

Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memikirkan sama ada kenyataan seperti ini boleh membawa kepada kekafiran atau tidak, bahawa Allah akan menjelma di hadapan manusia dan mendedahkan kakiNya!!! Dan sokongan yang paling kuat bagi menyokong hujah saya datangnya dari Muslim Bin Hajjaj yang pada permulaan Bab di dalam sahihnya mengenai pembuktian pada melihat Allah, dan telah menyebutkan kenyataan yang direkacipta dari Abu Hurairah, Zaid Bin Aslam, Suwaid Bin Sa’ad, dan lainnya. Dan sebahagian ulama terkenal kamu seperti Zahabi di dalam ‘Mizanul I’tidal’ dan Suyuti di dalam kitabnya ‘Kitabul-LuualiAl-Masnua fi Hadithu-Muzua’ dan Sibt Ibnu Jauzi di dalam ‘Al-Muzua’ telah membuktikan dengan asas-asas yang boleh diterima bahawa kenyataan itu telah diada-adakan.

AL-QURAN MENOLAK DOKTRIN ALLAH DAPAT DILIHAT

Jika tidak terdapat sebarang bukti untuk menyangkal kenyataan di atas, ayat-ayat suci dari Al-Quran dengan terang telah menolak doktrin yang mengatakan Allah dapat dilihat. Allah berfirman: ‘Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata)… [6:103] Lagi, apabila Nabi Musa digesa oleh Israel untuk pergi ke tempat sembahyangnya dan memohon kepada Allah untuk ‘menunjukkan dirinya kepada beliau’ Al-Quran telah merakamkan kejadian itu sebagai berikut: ‘Dia [Musa] berkata: ‘Tuhan ku, tunjuklah kepada ku [Dirimu], supaya aku dapat melihat ke atas Kamu,’ Dia berkata: ‘Kamu tidak dapat [menahan] melihat Ku…. [7:143]

Syed Abdul Hayy [Imam bagi Jama’ah Masjid] : Tidakkah ianya satu bukti [fakta] bahawa Ali berkata: "لم أكن أعبد ربا لم أره". ‘Saya tidak menyembah Tuhan yang saya tidak dapat melihat.’

HUJAH DAN HADITH MENGENAI MELIHAT ALLAH Shirazi: Kawan yang dihormati, kamu telah mengeluarkan satu ayat dari konteks yang asal, saya akan menyebutkan keseluruh teksnya untuk kamu. Hadith ini telah dirakamkan oleh seorang mulia Sheikh Muhammad Ibnu Ya'aqub Kulaini di dalam ‘Usul Kafi’, Jilid dalam Tauhid, begitu juga Sheikh Saduq di kitabnya mengenai Tauhid, Bab ‘Ibtal Aqida Ru'yatullah.’ Imam Ja'afar As-Sodiq telah disebutkan sebagai berkata, ulama Yahudi bertanya kepada Amirul Mu'minin Ali, sama ada dia melihat Allah pada masa solat. Imam menjawab: "ويلك! ما كنت أعبد ربا لم أره. قال : وكيف رأيته؟! قال علي : ويلك! لا تدركه العيون بمشاهدة العيان, ولكن رأته القلوب بحقائق الإيمان". ‘Celaka bagimu! Tidaklah daku menyembah Tuhan yang aku tidak melihatnya. Kata Yahudi itu: Bagaimana kamu melihatnya? Kata Ali : Celaka bagimu ! Dia tidak boleh dilihat dengan mata fizikal. Adalah hati yang dapat melihatNya melalui cahaya kebenaran Iman.’

Daripada jawapan Ali, bahawa, apa yang dimaksudkan dengan melihat Allah bukanlah melihat Dia dengan mata tetapi melalui cahaya kepercayaan yang ikhlas. Terdapat banyak bukti lain yang berdasarkan kepada hujah dan fakta yang dirakamkan untuk menunjukkan benarnya pandangan kami. Lebih-lebih lagi selain dari ulama Syiah, ulama kamu sendiri seperti Qazi Baidhawi dan Jarullah Zamakhshari, telah membuktikan di dalam komentar mereka bahawa adalah mustahil untuk melihat Allah. Sesiapa yang mempercayai boleh melihat Allah, di dunia ini atau di akhirat, mempercayai bahawa Dia mempunyai bentuk fizikal. Untuk mempercayai ini [Allah mempunyai fizikal] adalah kafir.

RUJUKAN SETERUSNYA TERHADAP KEANEHAN YANG TERDAPAT DI DALAM KEDUA KOLEKSI HADITH SAHIH

Kamu menganggap bahawa keenam buah kitab hadith kamu, terutama dari Bukhari dan Muslim adalah seperti kitab wahyu. Saya harap kamu dapat melihat di dalamnya secara objektif, dan tidak melampaui batas di dalam menyanjungnya. Bukhari di dalam Bab ‘Kitab Ghusl’ dan Muslim di Bahagian II pada sahihnya [di dalam Bab kemuliaan Nabi Musa] dan Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya, bahagian II, m.s. 315, dan ulama kamu yang lain telah menyebutkan dari Abu Hurairah sebagai berkata: " كانو بنو إسرائل يغتسلون عراة ينظر بعضهم إلى سواة بعض, وكان موسى يغتسل وحده, فقالوا : والله ما يمنع موسى أن يغتسل معنا إلا أنه آدر – أي ذو أدرة, وهي الفتق. قال : فذهب مرة ليغتسل فوضع ثوبه على حجر, ففر حجر بثوبه, فجعل موسى يجري بأثره ويقول : ثوبي حجر! ثوبي حجر!! حتى نظر بنو إسرائل إلى سوة موسى!!! فقالوا: والله ما بموسى من بأس, فقام الحجر بعد حتى نظر إليه, فأخذ موسى ثوبه فطفق بالحجر ضربا!! فوالله إن بالحجر ندبا ستة أو سبعة!!".

‘Di antara Bani Israel, telah menjadi adat untuk mandi bersama tanpa pakaian, supaya mereka dapat menjengok ke arah kemaluan orang yang lain. Mereka tidak menganggapnya sebagai satu bantahan. Hanya Nabi Musa masuk ke dalam air sendirian, supaya tiada siapa yang dapat melihat kepada kemaluannya. Bani Israel mengatakan bahawa Nabi Musa mempunyai kemaluan yang tidak sempurna, maka dia menjauhkan diri dari mandi bersama mereka. Satu hari Nabi Musa pergi ke sungai untuk mandi, dia membuka pakaian dan meletaknya di atas batu, dan masuk ke dalam sungai. Batu itu lari bersama pakaiannya. Musa mengejar batu itu, telanjang, menjerit: ‘Pakaian saya wahai batu, pakaian saya.’ Bani Israel melihat Musa tidak berpakaian dan berkata: ‘Demi Allah! Musa tidak mempunyai kecacatan pada kemaluannya. Batu itu kemudian berhenti, dan Musa mengambil pakaiannya. Kemudian Musa memukul batu itu dengan kuat sehingga terdengar enam atau tujuh kali batu itu menjerit kesakitan.’

Adakah kamu benar-benar percaya bahawa perkara sedemikian boleh berlaku kepada Nabi Musa, atau batu itu, iaitu suatu benda mati, boleh lari dengan pakaiannya? Pastinya tidak masuk akal untuk Nabi Musa berlari tanpa pakaian di hadapan manusia.

Saya akan mengatakan hadith lain yang telah dirakamkan di dalam sahih mereka, sesuatu yang lebih pelik lagi. Bukhari menyebut dari Abu Hurairah di dalam sahihnya Jilid I m.s. 158; dan Jilid II m.s. 163; dan lagi di dalam Bab ‘Kematian Nabi Musa,’ dan Muslim juga menyebut dari punca yang sama di dalam sahihnya Jilid II m.s. 309 di dalam Bab ‘Pada kemuliaan Musa’ sebagai berkata: "جاء ملك الموت إلى موسى فقال له : أجب ربك. قال أبو هريرة : فلطم موسى عين ملك الموت ففقأها!! فرجع إلى الله تعالى, فقال : إنك أرسلتني إلى عبد لك لا يريد الموت, ففقأ عيني! قال : فرد الله إليه عينه وقال : ارجع إلى عبدي فقل : الحياة تريد؟ فإن كنت تريد الحياة فضع يدك على متن ثور فما توارت بيدك من شعرة فإنك تعيش بها سنة".

‘Malaikat maut datang kepada Nabi Musa dan bertanya kepada dia, sama ada baginda ingin menemui TuhanNya. Setelah mendengarkan ini, Musa berikan satu tamparan pada mukanya, sehingga dia kehilangan satu dari matanya. Maka dia pulang kepada Allah dan mengadu bahawa Dia [Allah] telah menghantarnya kepada seorang yang tidak mahu mati dan dia telah dipukulnya sehingga kehilangan sebiji mata. Allah menyembuhkan matanya dan memerintahkan untuk pergi lagi kepada Nabi Musa, dan memberitahu kepadanya jika dia mahu kehidupan yang lebih lama, dia harus meletakkan tangannya di belakang lembu. Dia akan hidup selama banyaknya tahun seperti mana jumlah bulu yang ditutupi oleh tangannya.’ Imam Ahmad Ibnu Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya Jilid II, m.s. 315, dan Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam sejarahnya, Jilid I, di bawah tajuk ‘Kematian Nabi Musa.’ Menyatakan peristiwa yang sama dari Abu Hurairah dengan tambahan bahawa; sehinggalah sampai di zaman Nabi Musa, Malaikat maut biasanya datang dan dengan secara fizikal akan memisahkan ruh dari jasad. Tetapi setelah Musa menampar mukanya, dia kini datang dengan tidak boleh dilihat lagi.

Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk mengadilinya apakah jenis kata-kata dongeng yang telah dimuatkan di dalam koleksi hadith, yang kamu katakan sebagai yang paling betul dari semua kitab selepas Al-Quran. Kenyataan yang saya telah sebutkan itu pastinya telah mencela kehormatan Nabi Allah. Dan terhadap Abu Hurairah, saya tidak merasa hairan dengan penyampaiannya. Ulama kamu sendiri telah mengaku bahawa demi untuk mengisi perutnya dari makanan mewah yang disediakan oleh Muawiyah, dia sanggup mengada-adakan hadith. Disebabkan oleh pengubahsuaian ini, Khalifah Umar telah menderanya. Amatlah menakjubkan bahawa manusia yang berfikiran tinggi boleh mempercayai cerita yang sedemikian anehnya.

Sekarang marilah kita kembali kepada perbicangan kita mengenai hadith yang kamu sebutkan. Biasanya, seorang yang adil yang melihat sebutan yang disampaikan oleh seorang penyampai, akan membandingkannya dengan hadith yang telah pasti sahihnya. Dia harus memperbetulkannya atau menolaknya terus, selain daripada menggunakannya untuk menyerang saudaranya atau golongan lain dan kemudian memanggil mereka kafir. Oleh kerana ‘Tafsir Sofi’ tidak ada bersama saya, maka kami tidak dapat menyatakan tentang kesahihan hadith ini.

Walaupun jika ianya benar, kita harus bergantung kepada prinsip iaitu jika kita tahu kesannya, maka kita akan tahu penyebabnya. Maka, jika kita tahu Imam itu adalah Imam sebenar, kita pasti tahu pengenalan terhadap Allah, dalam cara yang sama bahawa, jika seseorang kenal kepada Perdana Menteri, dia pasti mengenali raja [agung].

Ini adalah rujukan terhadap prinsip pada Bab Tauhid, dan ayat-ayat lain dari Al-Quran yang telah diwahyukan. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak hadith mengenai ke Esaan Allah yang disampaikan oleh Imam Husain sendiri dan Imam yang lainnya. Pada mengenali Imam kamu, ianya adalah satu bentuk ibadah kepada Allah. Maksud yang sama telah diberikan di dalam ‘Ziarah Jami’ah’ yang mana telah sampai kepada kami dari Imam kami yang suci. Kami boleh juga menterjemahkannya dengan cara yang lain, sebagaimana kebiasaan para ulama telah lakukan di dalam perkara yang sebegini. Setiap yang melakukan sesuatu amalan itu hendaklah difahami akan asal mula amalannya. Oleh kerana Nabi dan keturunannya telah mendapat kedudukan yang tertinggi yang tidak termampu oleh manusia biasa, tidak ada yang lain, dapat kemuliaan sebagaimana mereka. Dan merekalah paling terbukti di dalam mengenali Allah, maka sesiapa yang mengenali mereka, akan mengenali Allah. Sebagaimana mereka sendiri telah berkata: ‘Hanyalah melalui kami yang Allah dapat dikenali, dan hanyalah melalui kami yang Allah dapat disembah [dengan sempurna].’ Kami percaya bahawa keluarga Nabi SAW telah mengajarkan kepada kami pengetahuan mengenai Allah dan cara yang betul untuk menyembahnya. Orang yang tidak mengikuti mereka, telah tersesat di perjalanan.

HADITH THAQALAIN

Untuk menekankan terhadap maksud yang sama, Nabi berkata di dalam hadith yang dipersetujui oleh kedua-dua golongan: "أيها الناس! إني تارك فيكم ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا : كتاب الله, وعترتي أهل بيتي, وهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض". ‘Wahai manusia! Daku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara yang hebat yang jika kamu berpegang teguh kepada dua ini, niscaya kamu tidak akan menyimpang sesudah ku: Kitab Allah dan ‘Itrah Ahlul Baytku kerana sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku di pancutan Kauthar’.

Al-Hafiz: Kami tidak percaya pada hadith itu, yang mana kamu cuba ketengahkan. Terdapat banyak perubahan di dalam kitab-kitab kamu dan banyak contoh bagi syirik, umpama meminta sesuatu dari para Imam yang sepatutnya diminta kepada Allah. Apa itu syirik? Syirik bererti memaling kepada seseorang atau benda selain dari Allah untuk mendapatkan kepuasan atau keperluan. Telah dilihat bahawa Syiah tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka meminta kepada Imam. Ini tidak lain hanya syirik.

Shirazi: Saya khuatir kamu telah merobah fakta. Mungkin jika saya dibenarkan untuk menyatakan kepada kamu apakah syirik itu menurut pandangan para ulama Islam yang termasyhur dan menurut dari ayat-ayat suci Al-Quran.

SYIRIK DAN JENIS-JENISNYA

Syirik itu ada dua jenis: syirik zahir dan syirik batin. Syirik zahir bererti mensekutukan seseorang atau sesuatu dengan Allah yang Maha Sempurna atau dengan zatnya. Sekutukan dengan Allah bererti menyamakan sesuatu dengan keEsaanNya dan melafazkannya dengan lidah, seumpama Sanamiyya [penyembah berhala] atau Zoroastrian, yang mempercayai pada dua prinsip: cahaya dan kegelapan. Kristian juga melakukan ini. Mereka mempercayai di dalam Trinity, tiga dalam satu, dan membahagi keTuhanan kepada tiga bahagian, bapa, anak, ruh suci. Mereka percaya pada sifat-sifat mereka yang berasingan bagi setiap satu, dan selagi ketiganya tidak bersatu, diri Tuhan itu tidak akan sempurna. Al-Quran menolak kepercayaan ini, dan Allah yang Maha Berkuasa telah menyatakan keEsaanNya di dalam perkataan ini: ‘Sesungguhnya telah kafirlah yang berkata: Sesungguhnya Allah adalah yang tiga; tidak ada Tuhan tetapi yang satu, Allah….’ [5:73]

Mengadakan sesuatu dengan zat Ilahi bererti mempercayai bahawa zatNya, seperti juga ilmuNya atau kuasaNya adalah terbahagi dari atau sebagai tambahan kepada, Dirinya yang serba sempurna. Kumpulan Asy'ari dari Abul-Hasan Ali Bin Ismail Asy'ari Basari, telah dinyatakan oleh ulama kamu yang terkemuka seperti Ali Bin Ahmad di dalam kitabnya ‘Al-Kashf’ dan ‘Minhajul-Adila fi Aqaidil-Milla m.s. 57, pada mempercayai bahawa zat Allah adalah sebagai tambahan kepada DiriNya yang sempurna, yang kekal. Maka sesiapa yang percaya bahawa sebarang kualiti atau zat DiriNya dalam apa jua pun sebagai tambahan pada DiriNya yang Maha Sempurna adalah syirik. Setiap zat diriNya adalah penting bagiNya. Syirik adalah tindakan seseorang yang bermaksud untuk menyamakan sesuatu dengan KemahuanNya yang tiada berkesudahan.

Yahudi mempercayai bahawa Allah menjadikan makhluk, dan kemudian melepaskan DiriNya dari makhluk itu. Di dalam laknatan terhadap manusia seperti ini, ayat berikut telah diwahyukan: ‘Dan orang Yahudi telah berkata: ‘Tangan Allah telah terikat! (Sedangkan) Tangan merekalah yang dirantai dan mereka akan dilaknat terhadap apa yang mereka katakan. Bahkan kedua tanganNya terbuka luas, Dia mengembangkannya sebagaimana yang Dia kehendaki…’ [5:64]

Ghulat atau pelampau membentuk satu lagi kumpulan syirik. Mereka juga dipanggil Mufawwiza. Mereka percaya bahawa Allah telah mengagihkan kuasanya atau mengamanahkan segala urusan kepada Imam yang suci. Menurut mereka, para Imam adalah yang menjadikan, dan mereka juga memberi rezeki. Yang pastinya mereka yang mempercayai adanya sekutu bagi penguasaan Tuhan adalah syirik.

SYIRIK DI DALAM BERIBADAH

Syirik di dalam beribadah bererti, dengan sengaja memalingkan arah perhatian di dalam beribadah kepada makhluk yang dijadikan selain dari Allah. Jika seseorang bermaksud untuk berdoa [meminta] kepada makhluk yang dijadikan, itu adalah syirik, Al-Quran yang suci telah menghalangnya dengan kata-kata ini: ‘….sesiapa yang hasrat untuk menemui Tuhannya, dia hendaklah melakukan amalan yang baik, dan tidak mensekutu apa-apa dengan Tuhannya.’ [18:110] Ayat ini menunjukkan bahawa asas bagi keimanan adalah, manusia hendaklah melakukan apa sahaja yang baik dan tidak menyamakan apa-apa dengan Allah di dalam memberikan ketaatan dan beribadah kepadaNya. Di dalam perkataan lain, dia yang mengerjakan solat atau menunaikan haji, atau melakukan apa sahaja amalan yang baik hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia akan kebaikannya, itu adalah syirik. Dia telah sekutukan yang lain dengan Allah di dalam melakukan segala amalannya. Menunjuk-nunjukkan amalan yang baik adalah syirik yang kecil yang mana telah menghapuskan segala pahala. Ianya telah dilaporkan bahawa Nabi SAW telah berkata: "اتقوا الشرك الأصغر. فقالوا: وما الشرك الأصغر يا رسول الله؟ قال: الرياء والسمعة". ‘Tahanlah diri dari syirik yang kecil.’ Manusia bertanya kepada Baginda: ‘Wahai Nabi Allah, apakah syirik yang kecil?’ Baginda menjawab: ‘Al-riya Was-sama’ [Menunjuk-nunjuk kepada manusia, atau memperdengarkan kepada mereka mengenai ibadah kamu kepada Allah], juga Nabi telah berkata: "إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الخفي, فإن الشرك أخفى من دبيب النمل على الصفا في الليلة الظلماء, ثم قال : من صلى أو صام أو تصدق أو حج للرياء فقد أشرك بالله". ‘Perkara yang paling buruk yang daku takuti untuk kamu adalah syirik yang tersembunyi, maka jauhkanlah diri kamu daripadanya kerana syirik ini di antara ummah ku adalah lebih tersembunyi dari semut yang merangkak di atas batu pada malam yang gelap.’ Baginda berkata lagi: ‘Seseorang yang melakukan solat dengan cara menunjuk-nunjuk adalah syirik. Seseorang yang terus berpuasa, atau memberi sedekah, atau menunaikan haji, atau membebaskan hamba hanya untuk menunjukkan kepada manusia akan kebaikannya atau untuk mendapat nama yang baik adalah melakukan syirik terhadap Allah.’ Dan oleh kerana baris yang akhir ini adalah mengenai perkara hati, maka ia telah termasuk ke dalam syirik yang tersembunyi.

Al-Hafiz: Kami fahami dari kenyataan kamu bahawa jika seseorang membuat nazar kepada makhluk, dia adalah syirik. Maka Syiah juga syirik, oleh kerana mereka membuat nazar kepada para Imam dan anak-anak mereka.

MENGENAI NAZAR

Shirazi: Jika kita ingin mengetahui kepercayaan bagi sesuatu ummah, kita janganlah bergantung kepada manusia jahil dari komuniti tersebut. Kita hendaklah mempelajari kitab-kitab mereka yang dipercayai. Jika kamu hendak mempelajari Syiah, janganlah mulakan dengan pengemis Syiah yang di jalanan, yang menyebut-nyebut: ‘Wahai Ali, Wahai Imam Redha,’ dan atas dasar itu kamu mengisytiharkan Syiah sebagai syirik. Begitu juga, jika manusia jahil membuat ikrar atau tawaran di atas nama Imam atau anak-anaknya, tidaklah wajar bagi kamu untuk menghina semua Syiah. Jika kamu mempelajari kitab perundangan Syiah, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat satu pun bayangan syirik ataupun yang pelik. Penegasan terhadap ke Esaan Allah telah disebutkan di mana-mana. Kitab yang termasyhur, ‘Syarah Lum’ah’ dan ‘Syara'i Islami’, boleh didapati di mana-mana dengan mudah dan kamu perlu mempelajarinya. Di dalam Bab ‘Nazar’ bahagian perundangan Syiah yang sah telah menyatakan, di dalam kedua kitab-kitab yang disebutkan di atas dan banyak lagi di dalam penerbitan yang lain.

Oleh kerana nazar adalah salah satu daripada bentuk tawaran, maka perlu adanya niat pada mencari untuk mendekatkan diri kepada Allah. Terdapat dua syarat untuk nazar yang sah: Niat, dan lafaz yang diucapkan dengan perkataan dalam apa juga bahasa. Mengenai syarat yang pertama, niat, ianya hendaklah semata-mata kerana Allah. Syarat kedua, penuhi syarat pertama; orang yang membuat nazar hendaklah mengatakan dalam perkataan bahawa ianya hanya untuk Allah. Sebagai contoh, jika dia berikrar hendak meneruskan puasa atau meninggalkan minum arak, dia hendak membuatkan niatnya dengan perkataan yang mengandungi ‘qurbatan lillah’ [kerana Allah], yang tanpanya nazar itu tidak sah.

Jika kita membuat nazar tidak dengan menggunakan nama Allah, tetapi dengan nama seorang yang lain, sama ada dia telah mati atau masih hidup, atau kita masukkan namanya bersama nama Allah, walaupun jika dia seorang Nabi, Imam atau lainnya, maka nazarnya itu tidak sah. Jika ini dilakukan dengan sengaja dan dengan berpengetahuan maka ianya adalah syirik, sebagaimana jelasnya dari ayat: ‘… dan jangan sekutukan seseorang di dalam beribadah kepada Tuhanmu [18:110] Para ahli perundangan Syiah bersetuju, untuk membuat nazar di atas nama seseorang termasuk Nabi atau Imam adalah salah. Jika ianya dilakukan dengan sengaja maka itu adalah syirik. Nazar mestilah dibuat atas nama Allah, walaupun kita diperbolehkan untuk melaksanakannya pada bila-bila masa yang kita hajati. Sebagai contoh, jika seseorang dengan nama Allah membawa kambing kepada rumah yang tertentu atau tempat beribadah atau makam seorang Imam dan menyembelihnya di sana, tidak ada kesalahan pada perbuatan itu. Juga, jika dia berikrar dan memberikan wang atau pakaian atas nama Allah kepada seorang Syed tertentu, keturunan dari Nabi, atau memberi sedekah kepada anak yatim atau fakir miskin, tidak ada kesalahan padanya. Akan tetapi jika dia berikrar untuk membuat tawaran [nazar] hanya disebabkan kerana Nabi atau Imam, anak kepada Imam, atau sesiapa yang lainnya, ianya adalah ditegah. Jika dilakukan dengan sengaja, itu adalah syirik. Adalah tanggungjawab setiap Nabi atau penguasa agama untuk mengajar manusia sebagaimana Al-Quran berkata: ‘Katakan: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling; maka atasnya apa-apa yang diwajibkan atasnya, dan atas mu apa-apa yang diwajibkan atas mu…. [24:54]

Adalah tanggungjawab manusia untuk mendengar apa yang Nabi Allah telah katakan dan untuk beramal dengannya. Bagaimana pun jika seseorang itu tidak memperdulikan untuk mengikuti arahan Tuhan atau mengamalkannya, ia tidak merosakkan kepercayaan atau prinsip yang mana kepercayaan itu berasal.

SYIRIK KHAFI : MENUNJUK-NUNJUK DALAM IBADAH

Jenis syirik yang kedua adalah syirik yang tersembunyi [Khafi], seperti memaparkan solat kita atau apa juga bentuk ibadah yang lainnya. Perbezaan di antara syirik ini dengan syirik di dalam solat adalah, di dalam perkara syirik di dalam solat kita sekutukan sesuatu atau makhluk dengan Allah. Jika seseorang menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu selain dari Allah, di dalam solat wajib, atau jika dengan ajakan syaitan, dia mempunyai gambaran Tuhan di dalam fikirannya, atau seseorang menjadi tumpuannya, maka itu adalah syirik. Tiada yang lain, melainkan Allah menjadi tumpuan ibadah kita. Nabi berkata bahawa jika seseorang melakukan amalan yang baik dan menjadikan sekutu bagi Allah di dalam amalan tersebut, maka kesemua amalan tersebut adalah bagi sekutunya. Allah bencikan amalan tersebut bersama dengan pengamalnya. Juga telah disampaikan bahawa Nabi berkata jika seseorang melakukan solat wajib, berpuasa, menunaikan haji dan dia mempunyai tanggapan bahawa dengan melakukan semua ini manusia akan memujinya, ‘maka sesungguhnya, dia telah mengadakan sekutu bagi Allah di dalam amalannya.’

Telah dinyatakan dari Imam Ja'afar As-Sodiq bahawa jika seseorang melakukan satu amalan kerana takutkan Allah atau untuk ganjaran di hari akhirat, dan dimasukkan juga kesenangan makhluk, maka yang melakukan amalan tersebut adalah syirik.

SYIRIK TERHADAP PENYEBAB

Satu jenis syirik adalah yang berkait dengan penyebab, oleh kerana kebanyakan manusia mengantungkan harapan dan takut mereka pada penyebab sebab. Ini juga adalah syirik tetapi dimaafkan. Syirik membawa erti bahawa kekuasaan terletak khusus pada penyebab sebab. Sebagai contoh, sinaran matahari menghidupkan banyak hidupan di dunia ini, tetapi jika seseorang beranggapan bahawa kuasa itu dimiliki matahari, maka itu adalah syirik. Bagaimanapun jika kita percaya bahawa kuasa matahari diberikan oleh Allah, dan ianya adalah penyebab dari anugerahNya, maka ini bukanlah syirik. Bahkan ini merupakan suatu bentuk ibadah, oleh kerana menumpukan perhatian kepada tanda-tanda kebesaran Allah adalah permulaan pada pelaksanaan ibadah hanya untuk Allah. Rujukan telah dibuat di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud bahawa kita perlu memerhatikan pada tanda-tanda kebesaran Allah kerana ia akan membawa kepada penumpuan terhadap Allah. Dengan cara yang sama, pergantungan kepada penyebab sebab [peniaga kepada perniagaannya, petani kepada pertaniannya] menjadikan seseorang syirik, jika dia mengalihkan perhatiannya daripada Allah.

Bergantung pada penjelasan yang di atas mengenai syirik, contoh manakah yang telah diperkatakan boleh dianggap telah diperlakukan oleh Syiah? Dengan cara yang bagaimana, dari sudut pandangan solat, kepercayaan, atau hadith Syiah yang kamu telah lihat, yang membolehkan mereka dituduh syirik?

Al-Hafiz: Saya mengakui apa yang kamu katakan adalah benar, tetapi jika kamu berhenti sejenak untuk mengambil masa berfikir, kamu akan setuju bahawa untuk bergantung kepada para Imam adalah syirik. Oleh kerana tidak perlu mencari kepada makhluk untuk mendekati Allah, kita harus meminta pertolongan kepada Allah terus.

MENGAPA NABI MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA MAKHLUK

Shirazi: Amat pelik bahawa kamu telah mengabaikan apa yang saya telah kata selama ini. Adakah syirik untuk meminta pertolongan dari orang lain pada memenuhi hajat kita? Jika ini adalah benar, kesemua manusia adalah syirik. Jika meminta bantuan dari orang lain adalah syirik, mengapa Nabi meminta bantuan dari makhluk? Kamu hendaklah mempelajari ayat-ayat dari Al-Quran supaya kamu boleh mengetahui mana yang benar dan betul. Ayat yang berikut ini perlu diberikan perhatian:

‘Dia berkata: Wahai ketua-ketua, siapakah dari kamu boleh memBawakan kepada ku mahkotanya sebelum mereka datang kepada ku dengan tunduk? Ifrit berkata: ‘Daku akan membawanya kepada kamu sebelum kamu bangun dari dari tempat duduk, dan sesungguhnya daku amat kuat dan boleh dipercayai untuk itu.’ Berkata yang punya ilmu dari Kitab: ‘Daku akan Bawakannya kepada kamu dalam sekelip mata. Kemudian apabila dilihat ada di sebelahnya, dia berkata: ‘Ini adalah kurnia dari Tuhanku…’ [27:38–40]

Membawa mahkota Balqis [Ratu Sheba] kepada Sulayman adalah mustahil bagi makhluk. Diakui, luar biasa, dan Nabi Sulayman, walaupun mengetahui bahawa ianya memerlukan kuasa Ilahi [keTuhanan], tidak meminta Allah untuk memBawakan mahkota tersebut, tetapi meminta kepada makhluk untuk menolongnya. Fakta ini menunjukkan bahawa meminta pertolongan kepada yang lain tidaklah syirik. Allah penyebab utama, yang telah menjadikan sebab-sebab di dunia ini. Syirik adalah perkara hati. Jika seorang meminta pertolongan seseorang yang lain dan dia tidak menganggap orang itu sebagai sekutu bagi Allah, ianya tidaklah ditegah. Situasi begini lumrah di mana-mana. Orang pergi ke rumah orang lain dan meminta bantuannya dengan tidak menyebutkan nama Allah. Jika saya pergi berjumpa doktor dan meminta dia menyembuhkan saya, adakah itu syirik? Dan lagi, jika seseorang sedang lemas, dia menjerit meminta tolong, adakah dia syirik?

Silalah berlaku adil, dan janganlah memutarkan fakta. Kesemua komuniti Syiah percaya bahawa jika seseorang menganggap keturunan Nabi sebagai Allah atau sekutu bagi DiriNya, pasti dianya syirik. Kamu mungkin pernah dengar Syiah yang dalam kesusahan berkata: ‘Wahai Ali, bantulah daku! Wahai Husain, tolonglah daku!” ini tidak bererti: ‘Wahai Allah Ali, tolonglah daku! Wahai Allah Husain, tolonglah daku!’

Tetapi yang sebenarnya adalah dunia ini tempat penyebab bagi segala sebab, makanya kami menganggap mereka sebagai cara penyampai bagi menghilangkan segala kesusahan. Kami meminta pertolongan Allah melalui mereka.

Al-Hafiz: Sepatutnya diminta kepada Allah terus, mengapa kamu meminta melalui perantara?

Shirazi: Perhatian tetap kami mengenai keinginan, kesusahan, dan penderitaan hanya tertumpu kepada Allah. Tetapi Al-Quran yang suci berkata bahawa kita hendaklah mencapai ke hadhrat Allah melalui satu cara pendekatan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Laksanakanlah tanggungjawab kamu terhadap Allah dan carilah cara [wasilah] untuk mendampingiNya….’ [5:35]

AHLI MUHAMMAD YANG SUCI ADALAH CARA MENDAPAT RAHMAT ALLAH

Kami Syiah tidak menganggap keturunan Nabi adalah penyelesaian terhadap segala masalah kami. Kami menganggap mereka sebagai hamba Allah yang paling wara’ dan sebagai cara untuk mendapat Rahmat Allah. Kami meletakkan diri kami kepada keluarga yang suci itu kerana mengikuti arahan Nabi.

Al-Hafiz: Mengapa kamu katakan, perkataan ‘cara untuk mendampingi’ [wasilah] di dalam ayat yang di atas merujuk kepada keturunan Nabi?

Shirazi: Di dalam banyak hadith, Nabi mengutarakan kepada kita bahawa apabila di dalam kesusahan kita merayu keturunannya sebagai cara untuk mendampingi kepada Allah. Banyak dari ulama kamu, seperti Al-Hafiz Abu Nuaim Isfahani, di dalam kitabnya ‘Nuzulul Quran fi Ali’ [Wahyu Al-Quran mengenai Ali], Al-Hafiz Abu Bakar Shirazi di dalam kitabnya ‘Ma Nazala minal-Quran fi Ali’ dan Imam Ahmad Thalabi di dalam Tafsirnya mengatakan bahawa Wasilah [bererti mendampingi] di dalam ayat yang di atas bererti keturunan Nabi. Rujukan ini telah terdapat dari banyak hadith Nabi. Ibnu Abil Hadid Mu'tazali, seorang ulama yang disegani, berkata di dalam kitabnya ‘Syarah Nahjul Balaghah’ Jilid IV, m.s. 79; bahawa Bibi Fatimah Az-Zahra merujuk kepada maksud ayat ini di hadapan puak Muhajir dan Ansar, semasa menyampaikan ucapannya di dalam hubungan perampasan hartanya Fadak, di dalam perkataan yang berikut: "واحمدوا الله الذي لعظمته ونوره يبتغي من في السماوات والأرض إاليه الوسيلة ونحن وسيلته في خلقه...". ‘ Sanjungilah kamu Allah yang mana Keagungan dan CahayaNya dicari oleh penduduk langit dan bumi untuk cara mendampingi kepadaNya. Di antara makhlukNya kami adalah cara untuk mendampingiNya.’

HADITH THAQALAIN (HADITH DUA PERKARA PENTING)

Di antara banyak hujah yang telah diterima mengenai perlunya kita mengikuti keturunan Nabi adalah Hadith Thaqalain, yang mana kesahihannya telah dipersetujui oleh kedua golongan. Nabi berkata: “إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا” ‘Jika kamu memegang teguh kepada dua ini, tidak sekali-kali kamu akan menyimpang setelah aku.’

Al-Hafiz: Saya fikir kamu telah tersilap apabila kamu katakan bahawa hadith ini adalah sahih dan ianya telah diterima oleh semua, ianya tidak diketahui oleh ulama kami yang ulung. Untuk membuktikan ini saya perlu katakan bahawa penyampai hadith yang agung dari golongan kami, Muhammad Bin Ismail Bukhari, tidak merakamkan di dalam sahihnya, kitab yang paling dipercayai selepas Al-Quran.

Shirazi: Saya tidak tersilap mengenainya. Kesahihan hadith suci ini telah dipersetujui oleh ulama kamu. Bahkan Ibnu Hajar Makki, yang anti dan prejudis [prasangka buruk terhadap Syiah], telah menerimanya sebagai benar. Kamu harus menyemak ‘Sowaiq Muhriqah’ Bahagian II, Bab II, m.s. 89 – 90, di bawah ayat 4, yang mana, setelah menyebutkan kenyataan dari Tirmizi, Imam Ahmad Bin Hanbal, Tabrani dan Muslim, dia berkata: ‘Ketahuilah bahawa hadith mengenai berpegang kepada Thaqalain [yang dua, Al-Quran dan Ahlul Bayt] telah disampaikan dengan banyak cara. Penyampai kepada hadith ini berjumlah lebih dari 20 sahabat Nabi.’

Kemudian dia berkata bahawa ada sedikit perbezaan di dalam cara di mana hadith ini telah disampaikan. Sebahagian mengatakan bahawa ianya telah disampaikan di masa Nabi melakukan haji terakhir di Arafah; sebahagian berkata ianya disampaikan di Madinah, apabila Nabi di ranjang kematian, dan biliknya penuh dengan para sahabat; yang lain mengatakan ianya disampaikan di Ghadir Khum; dan ada yang mengatakan ianya disampaikan setelah Nabi pulang dari Taif. Setelah menyebutkan semua ini, dia [Hajar Makki] sendiri mengulas [komen] bahawa tidak ada perbezaan yang ketara di dalam hadith itu sendiri. Bagi kesemua perbezaan peristiwa, besar kemungkinan bahawa Nabi telah mengulangi hadith ini untuk menekankan betapa agungnya Al-Quran dan Keturunannya.

Kamu katakan bahawa oleh kerana Bukhari tidak merakamkan hadith ini dalam sahihnya, kesahihan hadith ini dipersoalkan. Tetapi hadith ini walaupun tidak dirakamkan oleh Bukhari, tetapi secara umum telah dirakamkan oleh kebanyakan ulama kamu, termasuk Muslim Bin Hujjaj dan pengarang-pengarang lain dari keenam-enam koleksi hadith kamu, yang mana mereka telah membentangkan di dalam kitab-kitab mereka dan janganlah hanya bergantung kepada Bukhari. Jika kamu mengakui adil dan jujurnya kesemua ulama kamu; kesemuanya yang telah diperakui oleh ahli Sunni yang terdahulu, kamu harus menerima hadith ini sebagai benar, yang mana untuk sebab-sebab tertentu telah tidak dirakamkan oleh Bukhari.

Al-Hafiz: Tidak ada motif disebaliknya. Bukhari amat berhati-hati di dalam perkara merakamkan penyampaian. Dia seorang ulama yang berwaspada, dan jika dia mendapati hadith, dari sudut pandangan teks atau punca, yang boleh merosakkan atau tidak boleh diterima akal, dia tidak akan merakamnya. Shirazi: Sebagaimana yang disebutkan oleh peribahasa: ‘Kecintaan terhadap sesuatu telah menjadikan manusia itu buta dan pekak.’ Sunni yang saya hormati itu telah tersilap di sini. Kamu sungguh taksub di dalam cinta kamu terhadap Imam Bukhari. Kamu katakan bahawa dia sangat teliti terhadap fakta, dan apa yang disampaikan di dalam sahihnya boleh dipercayai dan berhak pada kedudukan wahyu. Tetapi fakta yang sebenar adalah sebaliknya. Pertalian mereka yang menyampaikan hadith yang dinyatakan oleh Bukhari termasuk mereka yang selalu dilaknat sebagai pendusta.

Al-Hafiz: Kenyataan kamu adalah palsu. Kamu merendahkan pengetahuan dan kebolehan Bukhari, yang mana adalah satu penghinaan terhadap semua golongan Sunni.

Shirazi: Jika kritikan berasaskan pengetahuan adalah satu penghinaan, maka kebanyakan dari ulama kamu yang terkenal adalah manusia yang telah menghina kedudukan tinggi ilmu pengetahuan. Saya nasihatkan kamu untuk mempelajari sendiri kitab-kitab yang ditulis oleh pengarang dan ulama-ulama yang agung kamu, yang telah membuat komen pada sahih Bukhari, misalnya ‘Al-Lualil-Masnua fi hadithil-Muzua’ oleh Suyuti, ‘Mizanul-Ibtidal’ dan ‘Talkhisul-Mustadrak’ oleh Zahabi; ‘Tazkirahul-Muzua’ oleh Ibnu Jauzi; ‘Sejarah Baghdad’ disusun oleh Abu Bakar Ahmad Bin Ali Khatib Baghdad, dan kitab Rijal yang lainnya [biasanya mengenai sifat penyampai hadith] oleh ramai ulama yang terkemuka. Jika kamu membaca kitab-kitab ini, kamu tidak akan katakan saya telah menghina Imam Bukhari.

BUKHARI DAN MUSLIM TELAH MERAKAMKAN BANYAK HADITH YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENDUSTA

Apa yang telah saya katakan adalah: kedua kitab ini, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, mengandungi hadith yang telah disampaikan oleh pendusta. Jika kamu teliti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pada pandangan kitab Rijal [sifat bagi penyampai hadith], kamu akan dapati bahawa mereka telah merakamkan banyak hadith yang telah disampaikan dari manusia yang kuat pembohong, seperti Abu Hurairah, pendusta yang paling terkenal, Ikrima Kharji, Sulayman Bin Amr, dan yang lainnya pada kategori yang sama. Bukhari tidak sebegitu berhati-hati di dalam merakamkan hadith, sebagaimana yang kamu sangkakan. Dia tidak merakamkan Hadith Thaqalain, seperti yang lainnya telah lakukan, tetapi dia tidak teragak-agak di dalam merakamkan cerita yang bodoh lagi menghinakan mengenai Nabi Musa menempeleng muka Malaikat maut, Nabi Musa lari telanjang mengejar batu dan Allah dapat dilihat. Pertimbangkanlah satu lagi cerita bodoh dan menghinakan yang telah dirakamkan oleh Bukhari di dalam sahihnya, Jilid II, Bab ‘Al-Lahr Bil-Harb’ m.s. 120, dan oleh Muslim di dalam sahihnya Jilid I, menyebutkan dari Abu Hurairah sebagai berkata bahawa pada Eid [hari cuti] beberapa orang Sudan berkumpul di Masjid Nabi. Mereka menghiburkan penonton dengan pertunjukan sukan mereka. Nabi bertanya kepada Aisyah jika dia hendak menyaksikan pertunjukan tersebut. Dia berkata dia setuju. Nabi membiarkan dia menunggang di belakang Baginda, di dalam keadaan di mana kepalanya melepasi bahu Baginda dan mukanya di kepala Baginda. Untuk mengembirakan Aisyah, Nabi menyuruh para penghibur menunjukkan tarian yang lebih menarik. Akhirnya Aisyah kepenatan, dan Nabi menurunkannya!!!!

Fikirkanlah sendiri, sama ada cerita yang sedemikian memalukan atau tidak. Jika Bukhari begitu berhati-hati di dalam merakamkan fakta, adakah adil bagi pihak dirinya untuk merakamkan cerita yang sebegini bodoh di dalam sahihnya. Tetapi bahkan sekarang, kamu meletakkan kitab ini yang paling sahih selepas Al-Quran. Sudah tentu Bukhari berhati-hati di dalam menghilangkan perkara-perkara mengenai Imamah dan kedudukan Ali, begitu juga perkara Ahlul Bayt. Mungkin dia takut maklumat yang sedemikian suatu hari akan digunakan sebagai senjata untuk menentang musuh Ahlul Bayt.

BANYAK HADITH SAHIH MENGENAI AHLUL BAYT TELAH DIHINDARI DENGAN CERMAT

Maka apabila kami bandingkan sahih Bukhari dengan kitab Sihah [kitab koleksi hadith] yang lainnya, kami dapat membuat rumusan bahawa pada tajuk ini, Ahlul Bayt dan hadithnya bagaimana pun sahih dan disokong penuh oleh ramai penulis, disinari pula cahaya Al-Quran, Bukhari dengan sengaja telah gagal untuk merakamkannya. Sebagai contoh, terdapat banyak ayat dari Al-Quran, wahyu yang punya kaitan dengan hadith; [Hadith Wilayah pada masa Hari Ghadir; Hadith Inzar Yaumud-Dar; Hadithul-Muwakhat; Hadith Safinah; Hadith Babul-Hitta, dan lainnya] yang berkaitan dengan penghormatan kepada; dan penggantian kepada keturunan bagi Nabi. Ini semua telah dielakkan oleh Bukhari dengan begitu cermat. Dan sebaliknya; itu yang mereka katakan ‘hadith’ , cerita yang telah memalukan para Nabi terutama Nabi kita, dan keturunannya yang mulia telah dirakamkan di dalam kitabnya tanpa sebarang pertimbangan yang kesemuanya telah disampaikan oleh manusia pendusta.

PUNCA HADITH THAQALAIN

Bagi hadith Thaqalain [dua perkara penting] yang Bukhari tidak rakamkan di dalam koleksinya, ada di dalam koleksi kitab sahih yang lain dari golongan kamu. Bahkan seorang ahli hadith yang terkemuka, Muslim, yang dianggap sama taraf dengan Bukhari ada menyatakannya. Ulama yang lain yang ada menyebutnya adalah seperti berikut: Muslim Bin Hajjaj di dalam sahihnya, Jilid VII, m.s. 122.

Abu Daud di dalam sahihnya; Tirmizi di dalam sunan nya, bahagian 2, m.s. 307; Nisai di dalam ‘Khasais’ m.s. 30; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Jilid III, m.s. 14 – 17, Jilid IV, m.s. 26 dan 59, dan Jilid V, m.s. 182 dan 189, Hakim dalam ‘Mustadrak’, Jilid III, m.s. 109 dan 148; Al-Hafiz Abu Nuaim Isfahani di dalam ‘Hilyatul Auliya’’, Jilid I, m.s. 355; Sibt Ibnu Jauzi di dalam ‘Tazkirah,’ m.s. 182; Ibnu Athir Jazari di dalam ‘Usulul Ghaibah’, Jilid II m.s. 12 dan Jilid III, m.s. 147; Hamidi di dalam ‘Jama Bainas-Sahihain’; Ar-Razin di dalam ‘Baina-Sihah Sitta’; Tabrani di dalam ‘Tarikh Kabir’; Zahabi di dalam ‘Talkhis Mustadrak’; Ibnu Abd Rabbih di dalam’ Iqdul Farid’; Muhammad Bin Talhah Safie di dalam ‘Matalibus Su’ul’; Khatib Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul Mawaddah’, m.s. 18, 25, 29, 30, 31, 32, 32, 34, 95, 115, 126, 199 dan 230, dengan sedikit perbezaan pada perkataan; Mir Syed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddah’ kedua dari kitabnya ‘Mawaddatul Qurba’; Ibnu Abil Hadid di dalam ‘Syarah Nahjul Balaghah’; Shablanji di dalam ‘Nurul Absar’, m.s. 99; Nuruddin Bin Sabbagh Maliki di dalam ‘Fusulu’l Muhimma’, m.s. 25; Hamwaini di dalam ‘Fara’idu’s-Simtain’; Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir Kashful Bayan’; Sam’ani dan Ibnu Maghazili Safie di dalam ‘Manaqib’; Muhammad Bin Yusuf Ganji Safie di dalam Kifayatut Talib’, Bab I, di dalam menyatakan sahihnya ucapan Ghadir Khum dan juga di dalam Bab 62, m.s. 130; Muhammad Bin Sa’ad Katib di dalam ‘Tabaqa’, Jilid 4, m.s. 8; Fakhruddin Ar-Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, Juzuk 3, di bawah ayat Etesam, m.s. 18; Ibnu Kathir Damishqi di dalam ‘Tafsir’, Jilid 4, di bawah ayat Mawaddah, m.s. 113, Ibnu Hajar Makki di dalam ‘Sowa’iq Muhriqah’; m.s. 75, 87, 90, 99 dan 136 dengan perbezaan perkataan.

Terdapat ramai lagi ulama kamu yang lain yang mana namanya saya tidak dapat sebutkan di dalam perjumpaan ini kerana kesuntukan masa. Banyak ulama kamu telah menyampaikan hadith yang penting ini dari Nabi dengan pertalian penyampai yang tidak putus dari seorang kepada yang lainnya yang mana ianya telah mendapat status hadith yang sering disampaikan. Menurut dari hadith ini, Nabi mengatakan yang berikut: ‘Daku tinggalkan di antara kamu dua perkara penting; Kitab Allah dan keturunanku. Jika kamu berpegang teguh kepada kedua ini, kamu tidak akan menyimpang. Kedua ini tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan ku di pancutan Kauthar.’

Berdasarkan dari hadith yang tulen ini, kami berkepercayaan bahawa kami perlu setia pada Al-Quran dan Ahlul Bayt Muhammad.

Sheikh: Hadith Rasul ini telah disampaikan oleh Soleh Bin Musa Bin Abdullah Bin Ishaq, melalui pertalian penyampainya yang berkata bahawa Abu Hurairah telah menyatakan dengan cara yang begini: ‘Daku tinggalkan di belakangku dua perkara penting; Kitab Allah dan Sunnahku[hadith]…

Shirazi: Sekali lagi kamu menyebutkan hadith dari orang durjana yang sama di mana para pengkritik Syiah telah menolaknya, [seperti Zahabi, Yahya, Imam Nisai dan lainnya]. Tidakkah kamu berpuas hati dengan rujukan yang boleh dipercayai yang saya telah bentangkan dari ulama kamu yang termasyhur mengenai hadith ini? Kamu telah menyebutkan versi hadith yang tidak boleh diterima, sedangkan kedua golongan Sunni dan Syiah telah menerima bahawa Nabi telah berkata: ‘Kitab Allah dan Ahlul Bayt ku,’ dan bukannya ‘Sunnah ku’.

Sebenarnya Kitab dan Sunnah, kedua-duanya memerlukan kepada intepretasi [penghuraian]. Hadith tidak dapat menerangkan Al-Quran Maka keturunan Nabi, yang disamakan seperti Al-Quran, adalah penterjemah Al-Quran yang sebenar, begitu juga dengan hadith dari Nabi.

HADITH SAFINAH (BAHTERA) NUH

Sebab satu lagi mengapa kami setia kepada keturunan Nabi, adalah hadith Safinah yang sahih yang telah disampaikan oleh semua ulama kamu yang terkenal, hampir tanpa pengecualian, dan dengan pertalian penyampai yang tidak putus. Lebih dari seratus orang dari ulama kamu telah menyebutkan hadith ini: Muslim Bin Hajjaj di dalam ‘Sahih’ nya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam ‘Musnad’; Al-Hafiz Abu Nuaim di dalam ‘Hilyatul Auliya’; Ibnu Abdil-Birr di dalam ‘Istiab’; Abu Bakar Khatib Baghdadi di dalam ‘Tarikh Baghdad’; Muhammad Bin Talhah Safie di dalam ‘Matalibus Su’uli’ Ibnu Athir di dalam ‘Nihaya’; Sibt Ibnu Jauzi di dalam ‘Tazkirah’; Ibnu Sabbagh Makki di dalam ‘Fusulul Muhimmah’; Allamah Nuruddin Samhudi di dalam ‘Ta’rikhul Madinah’; Syed Mu’min Shablanji di dalam‘Nurul Absar’; Imam Fakhruddin Ar-Razi di dalam ‘Tafsir Mafatihul Ghaib’; Jalaluddin Suyuti di dalam ‘Durrul Manthur’; Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir Kashful Bayan’; Tabrani di dalam ‘Ausat’; Hakim di dalam ‘Mustadrak’, Jilid 3, m.s. 151; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul Mawaddah’, Bab 4; Mir Syed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul Qurba’, ‘Mawaddah 2’; Ibnu Hajar Makki di dalam ‘Sowa’iqu’l-Muhriqah’ di bawah ayat 8; Tabari di dalam ‘Tafsir’ dan juga Sejarah; Muhammad Bin Yusuf Ganji Safie di dalam ‘Kifayatut Talib’, Bab 100, m.s. 233. Ramai dari ulama terkenal kamu telah menyampaikan bahawa Nabi telah berkata: "مثل أهل بيتي كسفينة نوح, من ركبها نجا, ومن تخلف عنها هلك". ‘Ahlul Baytku adalah seumpama bahtera Nuh; sesiapa yang menaikinya akan terselamat; mereka yang berpaling darinya akan lemas dan sesat.’

Imam Muhammad Bin Idris Safie telah merujuk kepada sahihnya hadith ini di dalam rangkap syairnya yang dirakamkan oleh Allamah Fazil Ajib di dalam kitabnya ‘Zakhiratul Ma’al’ Imam Safie yang dikenali sebagai seorang ulama yang terkenal dari golongan Sunni, mengakui bahawa kecintaan kami terhadap keturunan Nabi SAW yang suci adalah membawa kami kepada keselamatan kerana, dari tujuh puluh golongan Islam, hanya golongan yang mengikuti keturunan Nabi SAW sahaja yang akan selamat.

MENCARI CARA UNTUK MENDAMPINGI ALLAH TIDAK SYIRIK

Kamu katakan bahawa mencari cara untuk mendekati Allah adalah syirik. Jika ini benar, mengapa Khalifah Umar Bin Khattab mencari pertolongan Allah melalui keturunan Nabi?

Al-Hafiz: Khalifah Umar tidak pernah melakukan yang tersebut.

Shirazi: Di dalam saat yang memerlukan Umar meminta pertolongan dari keturunan Nabi, berdoa kepada Allah melalui mereka, dan yang dihajatinya dikabulkan. Saya hanya merujuk kepada dua peristiwa. Ibnu Hajar Makki menulis di dalam ‘Sowaiq Muhriqah’, selepas ayat 14 [dari Sejarah Damsyik] bahawa pada tahun ke 17 H, manusia berdoa dan sembahyang meminta hujan, tetapi tidak berhasil. Khalifah Umar berkata bahawa dia akan sembahyang dan berdoa meminta hujan pada esok harinya melalui cara mendampingi kepada Allah. Pada keesokan hari dia pergi menemui Abbas, bapa saudara Nabi dan berkata: ‘Keluarlah supaya kami dapat berdoa kepada Allah melalui kamu untuk hujan.’

Abbas menyuruh Umar untuk duduk seketika supaya cara untuk mendekati kepada Allah dapat disediakan. Maka Bani Hashim [Ahlul Bayt] pun diberitahu. Kemudian Abbas keluar bersama Ali, Imam Hasan dan Imam Husain. Bani Hashim yang lain di belakang mereka. Abbas memberitahu Umar bahawa tidak boleh menambah walau seorang pun dalam kumpulan itu. Kemudian mereka pergi ke tempat berdoa, di mana dia mengangkat tangan dan berkata: "اللهم إنك خلقتنا ولم تؤامرنا, وعلمت ما نحن عاملون قبل أن تخلقنا, فلم يمنعك علمك فينا عن رزقنا, اللهم فكما تفضلت في أوله, تفضل علينا في آخره". ‘Ya Allah, Engkau menjadikan kami, dan Engkau tahu mengenai perbuatan kami. Ya Allah, sebagaimana Engkau berkasih sayang kepada kami pada mulanya, maka berkasih sayang kepada kami pada akhirnya.’ Jabir berkata bahawa doa mereka belum pun selesai apabila awan telah mula kelihatan dan mula menurunkan hujan. Sebelum mereka boleh sampai ke rumah mereka telah basah kuyup.

Bukhari juga melaporkan bahawa di satu ketika, masa kekurangan makanan Umar Bin Khattab berdoa kepada Allah melalui Abbas Bin Abdul Mutallib dan berkata: ‘Kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara Rasul dengan Engkau, maka Ya Allah, turunkanlah hujan.’ Kemudian mula hujan. Ibnu Abil Hadid Mu'tazali di dalam kitab ‘Syarah Nahjul Balaghah’ [edisi Mesir] m.s. 256, menulis bahawa Khalifah Umar pergi bersama Abbas, bapa saudara Nabi, untuk berdoa kepada Allah meminta hujan, di dalam doanya untuk hujan, Khalifah Umar berkata: ‘Ya Allah, kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara Nabi Mu dan pada keturunannya dan dari apa yang tinggal dari orang-orangnya yang dihormati. Maka kekalkanlah kedudukan Nabi Mu melalui bapa saudaranya. Kami dapat petunjuk kepada kamu melalui Nabi, supaya kami dapat meminta pertolongan mereka dan bertaubat.’

Jika mencari kepada keturunan Nabi dan meminta pertolongan mereka untuk keperluan kita, di dalam jalan Allah adalah syirik, maka Khalifah Umar adalah yang pertama syirik. Ahli Muhammad, dari semasa hayat Nabi hingga kehari ini, telah menjadi cara untuk kita berdoa dan menyeru kepada Allah. Kami percaya mereka adalah keturunan yang paling bertaqwa dan yang paling hampir kepada Allah. Makanya kami anggap mereka sebagai cara untuk mendampingi Allah. Dan bukti yang terbaik untuk maksud ini adalah kitab doa kami yang ditulis oleh Imam kami yang suci. Kami terima segala arahan dari Imam kami. Saya mempunyai dua kitab buah bersama saya: ‘Zadul-Maad’ oleh Allamah Majlisi dan ‘Hidayatuz-Zairin’ oleh Sheikh Abbas Qummi, yang akan saya serahkan kepada kamu untuk kamu mempertimbangkan. [Kedua mereka Al-Hafiz dan Sheikh meneliti kitab itu] Mereka membaca Doa Tawassul [menyeru untuk mencari kedekatan] dan mereka dapati bahawa keluarga Nabi adalah sebahagian dari yang dirayu. Di mana-mana saja mereka disebutkan sebagai cara untuk mendekati Allah. Pada masa itu Mulla Abdul Hayy membaca keseluruh Doa Tawassul, yang ditulis oleh Imam yang suci dan dinyatakan semula oleh Muhammad Bin Babawayh Qummi.

DOA TAWASSUL

Shirazi: Ini adalah satu doa kepada Allah. Sebagaimana Ali telah disebutkan di sini, kesemua Imam juga telah disebutkan di dalam pengertian yang sama. Pengaruh keluarga Muhammad telah dicari [minta] untuk mendampingi kepada Allah. Mereka telah disebutkan dengan cara begini: ‘Wahai ketua dan yang memimpin kami! Kami meminta pertolongan kamu untuk sampai kepada Allah. Wahai yang paling dihormati pada pandangan Allah yang Maha Tinggi: perkenalkanlah kami kepadaNya.’ Kesemua keluarga Nabi telah disebutkan dengan cara yang sama.

SYIAH TIDAK MENGHINA SUNNI

Apabila rayuan itu telah dibacakan, beberapa orang Sunni telah menyatakan kekaguman dan terharunya mereka pada segala salah faham yang telah diada-adakan.

Shirazi bertanya: Adakah terdapat bayangan syirik di dalam doa tersebut? Tidakkah nama Allah terdapat di dalamnya di mana-mana? Berapa ramaikah ummah kamu yang jahil dan degil telah telah membunuh Syiah yang malang kerana mempercayai bahawa mereka telah membunuh orang kafir? Tanggungjawab terhadap peristiwa ini terletak di atas bahu ulama seperti kamu. Adakah kamu pernah mendengar seorang Syiah telah membunuh orang Sunni? Yang sebenarnya ulama Syiah tidak pernah menyebarkan racun. Mereka tidak mengadakan permusuhan di antara Syiah dan Sunni, dan mereka percaya bahawa membunuh adalah satu dosa yang besar. Di dalam perkara perbezaan kepercayaan di antara sesama sendiri, mereka lebih suka menjelaskan semuanya di dalam perbincangan yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan logik, dan memberitahukan melalui hujah-hujah mereka bahawa Sunni adalah saudara.

ULAMA SUNNI MENGATAKAN SYIAH KAFIR

Sebaliknya, perbuatan ulama Sunni yang ta’asub amat tidak bertanggungjawab. Pengikut Abu Hanifah, Malik Bin Anas, Muhammad Bin Idris dan Ahmad Bin Hanbal, yang mempunyai banyak perbezaan yang nyata, telah mengatakan pengikut Ali Bin Abi Talib dan Imam Ja'afar Bin Muhammad syirik dan kafir. Ramai Syiah yang terpelajar dan wara’ telah syahid di atas hukuman yang dijatuhkan oleh ulama Sunni. Sebaliknya, tidak terdapat walaupun satu contoh kezaliman dari pihak Syiah. Ulama kamu kerap menyatakan laknatan ke atas Syiah, tetapi kamu tidak akan menjumpai di mana-mana pun laknatan ke atas Sunni di dalam kitab yang ditulis oleh ulama Syiah.

Al-Hafiz: Kamu tidak adil. Sia-sia saja kamu hendak mengerakkan kemarahan ramai. Berikanlah satu contoh di mana ulama Syiah telah dibunuh di atas hukuman dari ulama kami! Siapa dari ulama kami yang telah mengatakan laknatan ke atas Syiah?

Shirazi: Jika saya hendak mengatakannya secara mendalam perbuatan ulama dan orang awam kamu, satu perjumpaaan tidak akan cukup. Saya akan merujuk kepada beberapa contoh sahaja mengenai perbuatan mereka, supaya kamu akan tahu bahawa saya bukanlah hendak mengerakkan kebencian, tetapi hanya mendedahkan fakta. Jika kamu mempelajari kitab-kitab ulama kamu yang ta’asub, kamu akan ada dapati bahagian yang melaknat Syiah. Sebagai contoh, rujuklah kitab ‘Tafsir’ oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi. Bila masa dia menjumpai sebab seperti ayat mengenai Wilayah [wali], dia berulang kali menulis, laknatan terhadap Rafidhi, laknatan terhadap Rafidhi!’ tetapi ulama kami tidak pernah menulis perkara sebegitu terhadap saudara Sunni.

Satu contoh mengenai layanan buruk [kejam] ulama kamu terhadap seorang Syiah yang terpelajar adalah hukuman yang dijatuhkan oleh dua orang kadi Syria yang agung [Burhanuddin Maliki dan Ibad Bin Jamaat Safie] terhadap seorang ahli fiqah Syiah yang terkenal, Abu Abdullah Muhammad Bin Jamaluddin Amili. Ulama ini amat terkenal dengan ketaqwaan dan ilmu Fiqahnya. Contoh yang menunjukkan beliau adalah seorang ilmuan adalah kitabnya ‘Lum’a’ yang ditulis beliau dalam masa tujuh hari tanpa mempunyai mana-mana kitab rujukan fiqah bersamanya melainkan ‘Mukhtasar nafi’. Lebih-lebih lagi ulama perundangan Islam dari golongan yang empat [Hanafi, Maliki, Safie dan Hanbali] adalah di antara muridnya. Disebabkan penindasan dari pihak Sunni, ulama ini kerap mengamalkan Taqiyyah, dan tidak secara terang-terangan menyatakan dia adalah Syiah. Kadi Syria yang agung, Ibad Bin Jamaat, yang mempunyai perasaan dengki terhadap beliau, telah menyatakan yang buruk mengenainya kepada pemerintah Syria [Baidmar] dan menuduh beliau sebagai Rafidhi dan Syiah. Ulama ini ditangkap. Setelah menderita penyeksaan dan dipenjara selama satu tahun, di atas hukuman dari kedua kadi tersebut [Ibnuul Jamaat dan Burhanuddin] beliau telah dibunuh dan jasadnya digantung. Oleh kerana mereka mengisytiharkannya sebagai Rafidhi dan syirik di tempat pergantungan, maka orang awam telah melontar jasad itu dengan batu. Kemudian jasadnya diturunkan dan dibakar dan abunya ditebarkan.

Di antara para ulama dan perundangan Syiah yang telah dibanggakan di Syria di dalam abad ke sepuluh Hijrah adalah Sheikh Zainuddin Bin Nuruddin Ali Bin Ahmad Amili. Dia amat terkenal di kalangan sahabat dan juga musuh kerana ilmu dan kewibawaannya. Sebagai pengarang yang produktif, dia mengasingkan diri dari dunia luar dan menumpukan pada penulisan, yang telah menghasilkan 200 buah kitab dari berbagai tajuk. Walaupun beliau hidup menyepi, ulama Sunni telah memendamkan perasaan dengki terhadap beliau, cemburu terhadap kemasyhuran beliau di kalangan orang awam. Yang ketua [berpengaruh] di antara musuh beliau, seorang kadi bernama Saida, yang telah menulis kepada raja, Sultan Salim aduan yang berikut: ‘Sesungguhnya, telah tinggal di jajahan Syria seorang pembuat bida’ah, seorang yang tidak tergolong kepada mana-mana mazhab yang empat.’ Sultan Salim mengarahkan bahawa alim itu hendaklah dihadapkan ke mahkamah di Istanbul. Beliau telah ditangkap di Masjidul-Haram dan dipenjarakan selama 40 hari. Di dalam perjalanan laut menuju Istanbul, beliau telah dipenggal kepalanya, badan beliau dibuangkan kelaut hanya kepala beliau dihantarkan kepada raja.

Hadirin yang dihormati! Saya benar-benar meminta daripada kamu dengan nama Allah untuk mengatakan sama ada kamu pernah mendengar perangai yang sedemikian rupa dari pihak ulama Syiah terhadap ulama Sunni kerana mereka tidak mengikuti golongannya. Apakah hujah yang dapat kamu ketengahkan untuk membuktikan bahawa jika seseorang menyimpang dari mana-mana empat mazhab tersebut, dia adalah kafir dan pembunuhan terhadapnya wajib? Adakah wajib [perlu] untuk mengikuti mazhab yang wujud berabad-abad lamanya setelah Nabi wafat, sedangkan mereka yang mengikuti perundangan yang wujud semenjak zaman Nabi diperintahkan supaya dibunuh?

SYIAH DAN KEEMPAT-EMPAT MAZHAB SUNNI

Sila katakan, demi kerana Allah, sama ada keempat Imam – Abu Hanifah, Malik, Safie dan Ahmad Bin Hanbal – hidup semasa hayat Nabi Allah. Adakah mereka mendapatkan segala asas agama dan keimanan dan Rasul SAW terus?

Al-Hafiz: Tiada siapa yang mengatakan sedemikian.

Shirazi: Tidakkah Amirul Mu'minin, Ali sentiasa berdamping dengan Nabi SAW, dan tidakkah beliau telah diisytiharkan sebagai pintu kepada kota ilmu?

Al-Hafiz: Telah pasti beliau adalah sahabat terkemuka Nabi, dan di dalam beberapa aspek beliau adalah yang lebih utama daripada yang lain semuanya.

Shirazi: Maka tidakkah kami di pihak yang benar, di dalam berpegang kepada mengikut Ali adalah wajib? Nabi sendiri berkata bahawa, patuh kepada Ali adalah patuh kepada Baginda dan bahawa Ali adalah pintu kepada kota ilmu? Nabi juga mengatakan bahawa sesiapa yang inginkan ilmu pengetahuan hendaklah masuk melalui pintunya, iaitu Ali. Juga mengikut dari hadith Thaqalain dan hadith Safinah, yang telah dipersetujui oleh kedua Sunni dan Syiah, menyimpang dari laluan yang dipimpin oleh keturunan Nabi akan membawa kepada kemusnahan. Engkar atau menentang kepada keluarga Nabi samalah seperti engkar dan menentang kepada Nabi sendiri. Walaupun dengan semua ini, ulama Syiah tidak pernah menunjukkan kebencian terhadap, walaupun kepada orang awam Sunni, tidak perlulah disebutkan terhadap ulama mereka. Kami selalu mengatakan bahawa Sunni adalah saudara kami dalam Islam, dan kita perlu bersatu. Sebaliknya ulama Sunni kerap menghasut pengikutnya, dengan mengatakan bahawa Syiah adalah pendusta, Rafidhi, Ghulat atau Yahudi. Mereka mengatakan oleh kerana Syiah tidak mengikut ahli mazhab yang empat [Hanafi, Maliki, Safie dan Hanbali] maka ianya adalah kafir. Yang sebenarnya mereka yang mengikuti keturunan Nabi SAWlah yang mendapat petunjuk yang sebenar.

PEMBUNUHAN TERHADAP SYIAH DI IRAN DAN AFGHANISTAN

Orang-orang Turki, Khawarizmi, Uzbeg, Afghan dan lainnya telah merompak dan membunuh Syiah yang tidak berdosa. Muhammad Amin Khan Uzbeg, dikenali sebagai Khan Khawa dan Abdullah Khan Uzbeg dengan kejam telah membunuh dan merampas hak Syiah dan mengaku telah melakukannya. Ulama Sunni telah mengisytiharkan bahawa Syiah adalah kafir dan nyawa mereka boleh diambil menurut hukum agama. Amir Afghanistan juga bertindak sedemikian rupa. Dalam tahun 1267 Hijrah pada hari Asyura [10 Muharram], puak Sunni telah menyerang Imam Bara di Qandahar, di mana Syiah sedang berkabung, memperingati di atas pembunuhan terhadap cucu Nabi SAW. Mereka dengan kejamnya telah membunuh ramai Syiah, termasuk kanak-kanak, dan merampas harta mereka. Untuk bertahun-tahun lamanya Syiah hidup dalam penderitaan dan dihalang dari melakukan kerja-kerja yang bersangkutan dengan agama. Pada hari Asyura sebilangan kecil dari mereka akan pergi ke tempat persembunyian dan dengan secara rahsia akan meratapi syahidnya Imam Husain dan mereka yang lainnya yang turut sama terkorban di Karbala. Adalah Raja Amanullah khan yang telah membatalkan sekatan terhadap Syiah dan telah melayan Syiah dengan baik.

KESYAHIDAN AS-SYAHID KETIGA

Di tempat perkuburan di Akbarabad [Agra] di India, di sana bersemadinya seorang ulama yang amat wara’ dan juga ilmuan Syiah, Kadi Syed Nurullah Shustari. Beliau telah dibunuh dengan kejam sewaktu berusia 70 tahun dalam tahun 1019 hijrah oleh Raja Jahangir, berikutan dari hukuman yang dijatuhkan dari ulama Sunni yang mengatakan beliau Rafidhi.

Al-Hafiz: Kamu telah menyerang kami dengan tanpa sebab. Saya sendiri amat terkejut mendengar tindakan kekerasan yang melampau dari mereka yang jahil, tetapi amalan-amalan Syiah juga yang telah menyebabkan peristiwa begitu.

Shirazi: Boleh saya tahu apa yang Syiah lakukan yang memperbolehkan mereka dibunuh?

Al-Hafiz:´Setiap hari ribuan manusia berdiri di hadapan pusara mereka yang telah mati dan menyeru kepadanya untuk bantuan. Tidakkah amalan ini satu contoh pada penyembahan yang mati? Mengapa para ulama tidak membantah apabila jutaan dari mereka meletakkan muka ke tanah sujud di dalam menyembah pada yang mati? Saya masih hairan bagaimana kamu masih mengatakan bahawa mereka adalah penyembah kepada yang Maha Esa.

[Sedang perbincangan dengan Mawlana Al-Hafiz berterusan, ulama mazhab Hanafi, Tuan Sheikh Abdus Salam, sedang meneliti ‘Hidayatuz Zairin’]. Dia berkata dengan nada penuh penekanan: ‘Lihat di sini! [Menunjukkan ke arah kitab tersebut]. Ulama kamu berkata bahawa apabila pekerjaan ziarah di permakaman Imam kamu telah selesai, kemudian maka hendaklah melakukan solat ziarah dua rakaat. Mungkin mereka tidak meniatkannya di atas nama Allah, jika tidak apakah ertinya solat ziarah? Tidakkah ianya syirik untuk menawarkan solat kepada Imam? Manusia yang mengadap kepada kuburan dan mendirikan solat adalah bukti yang terbaik untuk menunjukkan syiriknya. Ini adalah kitab kamu yang sahih. Bolehkah kamu mempertahan kedudukan ini?

Shirazi: Kamu memperkatanya seperti kanak-kanak! Pernahkah kamu pergi berziarah ke tempat tersebut dan melihatnya sendiri?

Sheikh: Tidak.

Shirazi: Maka bagaimana kamu mengatakan mereka mengerjakan solat dengan muka mereka mengadap kepada kuburan, dan bahawa solat ziarah adalah tanda syirik?

Sheikh: Kitab ini mengatakan mereka hendakalah mengerjakan namaz Ziarah untuk Imam.

Shirazi: Mari saya lihat kepadanya. Biarlah saya bacakan arahan mengenai ziarah, sehingga kita sampai kepada perkara solat, yang mana telah menjadi tujuan bangkangan kamu. Apabila kamu menemui sebarang tanda syirik, sila nyatakan. Dan jika kamu menjumpai tanda-tanda ke Esaan Ilahi dari atas hingga bawah, janganlah merasa bersalah kerananya, tetapi katakanlah yang kamu telah tersilap faham. Kitab ini ada di hadapan kamu.

ARAHAN MENGENAI ZIARAH

Arahannya adalah seperti berikut: Apabila yang menziarah sampai ke parit Kufah, dia hendaklah berdiri di situ dan membaca yang berikut: ‘Allah yang Maha Basar, Allah yang Maha Besar, yang memiliki Kebesaran, Kesucian dan Kemuliaan. Allah yang Maha Besar, yang memiliki Keagungan, Maha Qudus, yang memiliki Kemegahan dan juga Kehormatan. Allah Maha Besar [yang sentiasa ku takuti] Allah Maha Besar. Dialah Penyokong ku; kepadaNya aku bergantung dan kepadaNya aku menaruh harapan; dan kepadaNya aku mengadap.’

Apabila yang menziarah sampai pada pintu di Najaf dia hendaklah membaca: ‘Puji bagi Allah, yang telah memandu kami kepada ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memandu kami.’

Apabila sampai ke pintu lapangan yang suci, dia hendaklah membaca setelah memuji Allah: ‘Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, saya juga naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba dan juga RasulNya. Dia membawa perkhabaran yang benar dari Allah, saya juga naik saksi bahawa Ali adalah hamba dan saudara kepada Rasulullah SAW, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Segala puji tertentu bagi Allah untuk bimbingan dan sokonganNya terhadap apa yang Dia telah wahyukan pada cara menemuiNya’.

Apabila yang menziarah sampai ke pintu pusara, dia hendaklah membaca: ‘Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya …. ‘ hingga akhir.

Apabila, setelah meminta izin dari Allah, Rasul dan para Imam, yang menziarah akan sampai ke kawasan dalam permakaman, dia akan membaca berbagai-bagai ayat-ayat ziarah yang mengandungi salam kepada Rasul dan Amirul Mu'minin. Sesudah ziarah, dia melakukan enam rakaat solat, dua rakaat untuk Amirul Mu'minin, dua rakaat untuk Nabi Adam dan dua rakaat untuk Nabi Nuh yang telah disemadikan dikawasan tersebut.

SOLAT ZIARAH DAN DOA SELEPAS SOLAT

Adakah mengerjakan solat sebagai hadiah kepada ruh kedua ibu bapa dan mereka yang beriman tidak diarahkan kepada kita? Adakah arahan ini syirik? Adalah di atas dasar kemanusiaan juga bahawa apabila seseorang datang berjumpa sahabatnya, dia memberikan hadiah. Ada satu Bab di dalam kitab bagi kedua golongan [Syiah dan Sunni] yang mana Nabi mengarahkan kita untuk memberikan hadiah kepada yang beriman.

Apabila orang yang menziarah sampai kepada pusara ketua yang dicintainya, dan mengetahui perkara yang amat dicintai oleh ketuanya adalah solat, maka dia menawarkan solat dua rakaat kerana Allah Taala dan menawarkan solat itu sebagai hadiah kepada ruh ketuanya yang suci itu. Adakah ianya syirik? Setelah membaca segala prinsip yang menjadi dasar pada solat, maka baca juga doa selepas solat, supaya semua keraguan kamu akan terhapus.

DOA SETELAH SOLAT

Amalan berdoa, adalah bahawa setelah selesai solat, di bahagian kepala pusara Imam, dengan mengadap kiblat [bukan mengadap kuburan] kita bacakan doa yang berikut: ‘Ya Allah! Saya telah menjadi hadiah solat ini kepada ketua dan pemimpin saya, Rasul Mu dan saudara kepada Rasul Mu, Amirul Mu'minin, Ali Bin Abi Talib. Wahai Allah kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Terimalah dua rakaat solat ini dan berikanlah ganjaran, sebagaimana kamu memberikan ganjaran kepada mereka yang membuat kebajikan. Wahai Allah, saya melakukan solat ini kerana Mu, dan ruku’ ke hadhrat Engkau dan sujud menghinakan diri kepada Engkau. Engkaulah yang Esa, tiada sekutu. Adalah haram untuk solat atau ruku’ atau sujud kepada sesuatu melainkan Engkau. Engkaulah Allah yang Maha Besar, dan tidak ada Tuhan melainkan Engkau.’

Tuan-tuan yang saya muliakan! Demi kerana Allah, berlaku adillah. Dari mula yang menziarahi meletakkan kakinya ke tanah Najaf, sehinggalah setelah dia melakukan namaz ziarah, dia sentiasa sibuk mengingati Allah.

Sheikh: Aneh sungguh yang kamu tidak melihat yang tertulis di sini: ‘Mencium tangga dan masuk ke dalam kawasan pusara.’ Kami pernah dengar yang apabila penziarah sampai ke pintu pusara makam Imam, mereka sujud di dalam menghinakan diri. Tidakkah sujud ini untuk Ali? Tidakkah ini syirik apabila mereka sujud kepada seseorang selain dari Allah?

Shirazi: Jika saya adalah kamu, saya tidak akan menyebutnya. Saya akan berdiam diri sehingga ke penghujung perjumpaan di perbincangan ini dan mendengarkan kepada logiknya dari jawapan saya. Tetapi saya akan terangkan secara ringkas kepada kamu sekali lagi bahawa mencium bendul atau lantai bagi kawasan permakaman para Imam tidaklah syirik. Kamu telah mensalah tafsirkan perkataan ‘cium’ dan menganggapnya sama seperti sujud. Apabila kamu membaca kitab itu di dalam kehadiran kami, dan telah membuat perubahan yang begitu radikal [besar], tidak tahulah saya bagaimana kamu akan mencerca kami apabila kamu sendirian berucap kepada kumpulan orang ramai yang jahil.

Arahan yang ada di dalam kitab ini dan di dalam kitab-kitab yang lain mengenai doa dan tempat-tempat ziarah adalah sekadar untuk menunjukkan tanda hormat, harus mencium bendul bukan sujud. Bagaimana kamu boleh menganggap cium dan sujud adalah perkara yang sama?

Dan, di mana ada kamu melihat, sama ada di dalam Al-Quran atau di mana-mana hadith, yang mengatakan cium bendul pusara Nabi atau Imam adalah haram? Maka jika kamu tidak punya jawapan yang munasabah terhadap soalan ini, kamu tidak seharusnya membuangkan masa kami. Dan sebagaimana yang kamu katakan bahawa kamu ada ‘mendengar’ bahawa penziarah sujud menghinakan diri. Sebenarnya kamu tidak melihat sendiri. Al-Quran mengatakan: ‘Wahai orang yang beriman! Jika datang kepadamu orang yang jahat dengan satu berita, telitilah dahulu, ditakuti kamu menganiaya manusia tanpa pengetahuan, kemudian akan menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.’ [49:6]

Menurut dari arahan Al-Quran, kita tidak seharusnya bergantung pada kenyataan orang yang jahat. Kita seharusnya berusaha untuk mengetahui yang sebenar, walaupun terpaksa membuat perjalanan itu, jika diperlukan untuk memastikan kebenaran kenyataan tersebut itu sendiri.

Apabila saya berada di Baghdad; saya pergi ke pusara Abu Hanifah dan Sheikh Abdul-Qadir Jilani dan telah melihat apa yang dilakukan manusia. Ianya adalah lebih serius dari apa yang kamu katakan mengenai amalan Syiah, tetapi saya tidak pernah memperkatakannya. Apabila saya sampai ke perkuburan Abu Hanifah di Muazzam, saya dapati satu kumpulan Sunni bertubi-tubi mencium lantai, sepatutnya bendul, dan berguling-guling ditanah. Oleh kerana mereka tidak kelihatan seperti jahat atau mengganggu dan kerana saya tidak punya asas untuk melaknat mereka, maka saya tidak pernah menyatakan insiden itu kepada sesiapa. Saya faham bahawa mereka lakukan itu semua atas dasar cinta, bukannya sebagai sembahan.

Saudara yang dihormati! Pastinya tiada Syiah yang taqwa pernah sujud kepada sesuatu selain Allah. Jika, kita turun ke lantai dalam bentuk yang sama seperti sujud dan mengosok-gosokkan dahi kita padanya [tanpa sebarang niat pada sembahan] ini perkara kecil suatu yang tidak di masuk kira. Untuk membongkok di hadapan seseorang yang kita hormati dengan tidak menganggapnya Allah atau jatuh ke bumi untuk menyapu muka dengannya, ianya bukanlah syirik. Ini adalah hasil dari kecintaan yang mendalam.

Sheikh: Bagaimana begitu, apabila kita turun ke bumi dan meletakkan dahi padanya, adakah perbuatan ini tidak dikatakan sujud?

Shirazi: Sujud bergantung kepada niat, dan niat adalah perkara hati. Hanya Allah yang mengetahui niat yang di dalam hati. Sebagai contoh, kita boleh melihat manusia membongkok di bumi dalam keadaan seperti sujud. Adakah benar bahawa sujud kepada seseorang selain Allah adalah salah, walaupun jika ianya tanpa niat. Bagaimana pun oleh kerana kita tidak tahu apakah niat mereka, maka kita tidak boleh mengatakan ianya adalah sujud sembah.

SUJUDNYA SAUDARA-SAUDARA YUSUF KEPADANYA

Justeru itu sujud sepertimana di dalam solat tetapi dengan tidak mempunyai niat penyembahan, hanya untuk menunjukkan tanda penghormatan kepada seseorang tidaklah syirik. Sebagai contoh, saudara-saudara Nabi Yusuf sujud kepadanya. Pada ketika itu ada dua Nabi, Yaaqub dan Yusuf, tetapi mereka tidak melarang mereka dari melakukannya. Allah berkata pada surah Yusuf di dalam Al-Quran: ‘Dan dia naikkan orang tuanya pada singgahsana, dan mereka tertunduk sujud kepadanya, dan dia berkata: Wahai bapaku, inilah takwil mimpi saya dahulu; Tuhan ku telah menjadikannya kenyataan…. ..(12:100)

Lebih-lebih lagi Al-Quran telah berkata di banyak tempat yang para Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam. Maka jika sujud adalah syirik, pastinya saudara-saudara Yusuf dan juga para Malaikat Allah kesemuanya syirik. Melainkan hanya satu Iblis terlaknat yang hanya menyembah yang Esa.

MERAYU KEPADA IMAM BUKAN MENYEMBAH KEPADA YANG MATI

Sekarang saya hendak menjawab kepada yang hormat Al-Hafiz, yang mengatakan, merayu pada pusara para Imam adalah sama seperti menyembah yang mati. Kamu bertanya mengapa Syiah meminta pertolongan pada pusara para Imam. Mungkin kamu mempercayai tidak ada kehidupan setelah mati dan berkata: ‘Apa yang mati telah tiada [terhapus].’ Allah menerangkan di dalam Al-Quran pandangan yang salah ini sebagai berkata: ‘Tidak ada apa tetapi kehidupan kita di dunia ini; kita mati dan kita hidup dan kita tidak akan dibangkitkan lagi [23:37]

Sebagaimana semua orang tahu, mereka yang percaya kepada Allah tahu bahawa ada hidup setelah mati. Apabila seseorang mati, jasadnya menjadi tidak bernyawa, tetapi tidak seperti binatang, ruhnya dan pancainderanya kekal seperti biasa, tetapi tidak punya jasad; inilah yang akan dirahmati atau diseksa di dalam alam persinggahan barzakh alam kubur. Orang syahid dan mereka yang mati di jalan Allah menikmati Rahmat yang khusus. Ini telah disampaikan di dalam Al-Quran. ‘Dan janganlah sangka mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati; tidak mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka. Bergembira dengan pemberian Allah dan limpahnya, dan mereka bergembira bagi yang sama [telah tertinggal] di belakang mereka, yang belum lagi bersama mereka, yang mereka tidak perlu rasa takut, dan tidak juga bersusah hati.’ [3:169-170] Saya fokus pada perkataan, ‘Mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka…’. Mereka menyahut kepada kita, tetapi oleh kerana pendengaran kita telah terhalang oleh kebendaan dunia, kita tidak mendengar suara mereka. Begitulah di dalam ziarah [salam] kepada Imam Husain, kami katakan: ‘Saya naik saksi bahawa engkau dengar apa yang saya katakan dan engkau menjawabnya.’ Adakah kamu membaca syarahan no. 85 Nahjul Balaghah? Keturunan Nabi telah diperkenalkan sebagai berikut: ‘Wahai manusia ini adalah kata-kata Nabi: ‘Dia yang mati di antara kami, tidak mati, dan dia yang hancur [setelah mati] dari di antara kami yang sebenarnya tidak hancur.’ [Nahjul Balaghah, terjemahan Inggeris, Jilid I m.s. 130, dicetak oleh Peer Muhammad Ebrahim Trust, Karachi] Itu adalah di dalam alam cahaya dan ruh, Ahlul Bayt hidup dan tinggal kekal.

Menurut Ibnu Abil Hadid Mu'tazali dan Sheikh Muhammad Abduh, Mufti Mesir yang terkenal, yang mengulas pada tajuk yang di atas, mengatakan bahawa keturunan Nabi tidak mati secara yang sama seperti orang lain mati. Maka apabila kita berdiri di pusara para Imam; kita tidak berdiri di hadapan orang mati, dan kita tidak berkata-kata kepada orang mati. Kita berdiri di hadapan yang hidup dan berkata-kata kepada yang hidup. Makanya kita bukanlah penyembah orang mati. Kita sembah Allah. Tidakkah kamu percaya bahawa Ali, Imam Husain, dan syahid Badr, Uhud, Hunain dan Karbala telah mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah, dan hanya untuk menegakkan kebenaran? Tidakkah mereka telah berhadapan dengan kekejaman Quraish, Bani Umayyah, Yazid dan juga pengikutnya, yang mempunyai matlamat untuk menghancurkan agama Islam? Sebagaimana tegasnya para sahabat Nabi dan juga pengorbanan syuhadah Badr, Hunain dan Uhud yang telah membawa kepada tumpasnya musyrik, dengan cara yang sama Imam Husain telah tegas memilih untuk mengorbankan nyawanya untuk meluruskan Islam. Jika Imam tidak bertindak tegas dan berdiri teguh di dalam menentang pasukan yang zalim, Yazid terlaknat pasti telah menghancurkan Islam dengan memasukkan fahaman jahiliah ke dalam masyarakat Islam.

Sheikh: Sungguh amat memeranjatkan yang kamu memanggil Khalifah bagi Muslim, Yazid Bin Muawiyah, sebagai kafir. Kamu harus tahu bahawa Muawiyah Bin Abu Sufyan, telah melantiknya sebagai Khalifah. Khalifah kedua, Umar Bin Khattab, dan Khalifah ketiga, Uthman yang teraniaya, telah melantik Muawiyah sebagai Amir Syria. Disebabkan kebolehan dan bakat mereka, manusia dengan ikhlas telah menerima mereka sebagai Khalifah. Maka rujukan kamu terhadap Khalifah Muslim sebagai kafir, bererti bahawa kamu telah menghina tidak saja semua Muslim yang menerima mereka sebagai Khalifah tetapi kamu juga telah menghina Khalifah yang sebelumnya, yang telah melantik mereka sebagai Khalifah atau Amir.

Sudah pastinya mereka ada membuat kesalahan, kesalahan yang dimaafkan, yang berlaku masa mereka menjadi Khalifah. Cucu Nabi, Imam Husain, telah dibunuh, tetapi ini telah diampunkan. Oleh kerana mereka telah bertaubat, Allah yang Maha Pengampun, telah mengampunkan mereka. Imam Ghazali dan Damiri dengan panjang lebar telah menjelaskan kedudukan ini di dalam kitab-kitab mereka dan telah membuktikan kesucian Khalifah Yazid.

Shirazi: Saya tidak pernah menyangkakan yang ta’asubnya kamu hingga sampai ke tahap itu, sehingga sanggup membela Yazid yang terlaknat itu. Kamu katakan bahawa oleh kerana mereka yang terdahulu menganggap bahawa mereka layak menjadi Amir atau pemerintah, maka semua Muslim hendaklah menerima mereka. Kenyataan ini tidak masuk akal sama sekali. Kami katakan Khalifah hendaklah suci [ma’sum, suci dari segala dosa] dan yang dilantik oleh Tuhan, supaya kita tidak akan dizalimi. Kamu katakan bahawa Ghazali dan Damiri telah membela kedudukan Yazid. Tetapi mereka sama saja ta’asubnya seperti kamu. Tidak ada manusia berakal waras yang akan membela tindakan Yazid yang terlaknat. Kamu katakan Yazid telah membuat ‘kesalahan’ di dalam membunuh Imam Husain. Tetapi untuk membunuh cucu Nabi yang tersayang bersama dengan 72 orang termasuk bayi, kanak-kanak dan orang tua, dan menjadikan anak-anak perempuan Nabi [anak-anak perempuan Ali] yang bertaqwa sebagai tawanan dengan kepala dan muka yang terdedah, bukanlah suatu kepalang kesalahan. Ianya adalah sesuatu kezaliman yang dahsyat yang tidak dapat disebutkan. Lebih-lebih lagi kesalahannya tidak pada penyembelihan ini saja. Terdapat banyak lagi peristiwa mengenai kekafirannya.

KEKAFIRAN YAZID

Di antara fakta yang membuktikan kafirnya Yazid adalah dari rangkap syairnya sendiri. Sebagai contoh, dia menulis: ‘Jika meminum arak dihalang di dalam agama Muhammad, biarkanlah ianya; saya akan menerima Kristian.’ ‘Adalah dunia ini sahaja untuk kami. Tidak ada dunia yang lain. Kami tidak perlu dihalang untuk menikmati kelazatan dari dunia ini.’

Rangkap ini terdapat di dalam koleksi syair-syair, dan Abul Faraj Bin Jauzi telah merakamkannya di dalam kitabnya ‘Radd Ala Mutaasibul Anid. Dan lagi katanya: ‘Sesiapa yang menakutkan kami dengan cerita mengenai kiamat, biarkanlah dia. Itu adalah dusta yang menghalang kami dari kelazatan nyanyian dan muzik.’

Sibt Ibnu Jauzi menulis di dalam ‘Tazkirah’ m.s. 148, apabila keturunan Nabi dibawa sebagai tawanan ke Syria; Yazid sedang duduk di aras dua istananya. Dia menyata dua rangkap ini: ‘Apabila unta-unta membawa tawanan tiba, gagak berbunyi [petanda buruk] Saya berkata: Duhai gagak sama ada kamu berbunyi atau tidak, saya tetap membalas dendam terhadap Nabi.’ ‘Dendam’ merujuk kepada fakta yang keturunan terdahulunya yang terbunuh di peperangan Badr, Uhud, Hunain. Dia membalas dendam terhadap kematian mereka dengan membunuh anak-anak Nabi.

Bukti yang lain mengenai kekafirannya adalah apabila dia mengadakan keramaian untuk meraikan syahidnya Imam Husain, dia menyampaikan rangkap kata seperti orang yang tidak beragama dari Abdullah Bin Uzza Bari. Sibt Ibnu Jauzi, Abu Raihan dan yang lainnya telah menulis bahawa Yazid berharap yang keturunannya dapat hadir, mereka yang semua adalah kafir jahiliah yang telah terbunuh di Badr atas arahan Nabi. Yazid berkata: ‘Saya berharap mereka dari Bani saya, yang telah terbunuh di Badr, dan mereka yang melihat orang suku Khazraj meraung [di dalam peperangan Uhud] disebabkan oleh tikaman lembing, ada di sini. Mereka pasti akan bersorak memuji saya dengan kuat dan berkata: ‘Wahai Yazid, semoga tanganmu tidak lumpuh, kerana kamu telah membunuh ketua Banunya [Banu Nabi]. Saya melakukannya sebagai membalas dendam untuk Badr, yang mana kini telahpun selesai. Bani Hashim hanya bermain dengan kerajaan. Tidak ada perkhabaran dari Allah dan tidak juga wahyu yang disampaikan. Saya bukanlah dari keturunan Khandak jika saya tidak menuntut dendam terhadap keturunan Nabi. Kami menuntut dendam di atas mereka yang dibunuh oleh Ali dengan membunuh anak-anaknya.’

SEKATAN OLEH ULAMA UNTUK MELAKNAT YAZID

Kebanyakan dari ulama kamu menganggap Yazid sebagai kafir. Bahkan Imam Ahmad Bin Hanbal dan banyak lagi ulama kamu yang terkenal telah mensarankan bahawa laknatan terhadap Yazid perlu dilafazkan. Abdur Rahman Abul Faraj Bin Jauzi telah menulis sebuah kitab dalam Bab ini, ‘Kitabul-Radd AlAl-Mutaasibul-Anidul-Manian-Lan Yazid Lanatullah.’ Hanya sebahagian kecil dari ulama kamu yang ta’asub, seperti Ghazali telah menyebelahi Yazid dan telah merekakan bantahan yang melucukan [amat bodoh] di dalam membelanya. Bagaimanapun kebanyakan dari ulama kamu telah mengakui ketiadaan agama, dan tabiat zalimnya. Sebagai Khalifah di negara Islam, Yazid cuba mengenepikan agama. Masudi, di dalam kitabnya ‘Murujuz-Dhahab’, Jilid II, telah berkata bahawa Yazid seperti Firaun, tetapi Firaun lebih adil kepada rakyatnya dari Yazid. Pemerintahan Yazid telah memalukan nama Islam. Kejahatannya termasuk minum arak, membunuh cucu Nabi, melaknat keturunan Nabi, Ali, merosakkan rumah Allah [Baitullah], dan pembunuhan beramai-ramai. Dia telah melakukan segala larangan Allah, dan juga dosa-dosa yang tidak terampunkan.

Nawab: Bagaimanakah Yazid bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai?

Shirazi: Kebanyakan ahli sejarah telah menyatakan fakta ini. Sibt Ibnu Jauzi di dalam ‘Tazkirah’ nya m.s. 63, berkata bahawa sebagian penduduk Madinah pergi ke Syria di dalam tahun 62 Hijrah. Apabila mereka mengetahui perbuatan Yazid yang menyalahi agama [berdosa], mereka pulang ke Madinah dan memutuskan bai'ah [janji setia] dengan Yazid, melaknatnya, dan mengusir Gabernornya, Uthman Bin Abu Sufyan. Abdullah Bin Hanzalla [‘Ghusilul-Malaikat] berkata: ‘Wahai manusia, kami tidak memberontak terhadap Yazid sehingga kami mengesahkan bahawa dia adalah orang yang tidak beragama. Dia membunuh keturunan Nabi, secara tidak sah bersekedudukan dengan para ibu, anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan, minum arak, dan tidak mendirikan solat.’

Apabila perkhabaran ini sampai kepada Yazid, dia telah menghantar angkatan tentera Syria yang besar di bawah pimpinan Muslim Bin Uqba terhadap penduduk Madinah. Pembunuhan terhadap Muslimin Madinah berterusan selama tiga hari. Pasukan Yazid membunuh 700 orang ternama Quraish, Muhajir dam Ansar dan 10,000 orang awam. Saya merasa malu untuk menyatakan bagaimana orang-orang Muslim telah dihina. Saya akan menyebutkan hanya satu rangkap dari ‘Tazkirah’ pada m.s. 163, oleh Sibt Ibnu Jauzi, yang dilaporkan oleh Abul Hasan Madaan: ‘Setelah pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Madinah, 1000 orang anak dara Madinah telah melahirkan bayi.’

HARUSKAH YAZID DILAKNAT?

Sheikh: Ini semua menunjukkan kepada dosanya. Dosa boleh diampunkan dan boleh dikawal, dan Yazid ada menunjukkan tanda bertaubat. Allah yang Maha Pengampun, telah mengampunkannya. Maka mengapa kamu selalu melaknatnya dan mengatakan dia zalim?

Shirazi: Sebahagian peguam terus akan berhujah kes anak guamnya sehingga ke saat terakhir, kerana mereka telah mendapat bayaran upahnya, walaupun mereka tahu benar akan kedudukan kes tersebut. Tetapi saya gagal untuk memahami, mengapa kamu begitu minat pada mempertahankan Yazid, setelah mengetahui pembunuhannya terhadap keturunan Rasul SAW, pembunuhannya terhadap penduduk Madinah. Lebih-lebih lagi pengakuan kamu bahawa dia telah menunjukkan sebagai telah bertaubat tidak terbukti. Tidakkah penolakannya terhadap prinsip Islam yang utama, Hari Kebangkitan, wahyu, Kerasulan, ini telah cukup untuk membolehkan pada laknatan kami? Tidakkah Allah telah melaknati yang zalim? Jika hujah ini tidak mencukupi bagi peguam Yazid Bin Muawiyah, saya akan, dengan izin kamu, menyebutkan dua hadith dari ulama kamu yang terkenal.

Bukhari dan Muslim di dalam ‘Sahih’, Allamah Samhudi di dalam ‘Tarikh Madinah’; Abul Faraj Bin Jauzi di dalam ‘Kitabu’r-Radd Ala’l-Muta’asibu’l-Anid’, Sibt Ibnu Jauzi di dalam ‘Tazkirah Khawasul Ummah’, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ dan yang lain menyebut dari Nabi sebagai bersabda: "من أخاف أهل المدينة ظلما أخافه الله, وعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين, ولا يقبل الله منه يوم القيامة صرفا ولا عدلا". ‘Jika sesiapa menggemparkan dan menindas penduduk Madinah, Allah akan mengemparkan mereka [iaitu pada Hari Pengadilan] Dia akan dilaknat oleh Allah, oleh Malaikat dan juga segala makhluk. Dan pada Hari Pengadilan, Allah tidak akan menerima segala amalannya.’ Nabi juga telah bersabda: ‘Laknatan atas mereka yang telah menggemparkan kotaku [penduduk Madinah]’ Tidakkah penyembelihan beramai-ramai telah menakut dan mengemparkan penduduk Madinah? Jika ia, maka terimalah bersama dengan Nabi, Malaikat dan segala makhluk bahawa penjenayah yang kejam itu perlu dilaknat dan terus dilaknat sehingga ke Hari Pengadilan.'

Kebanyakan dari ulama kamu telah melaknat Yazid. Abdullah Bin Muhammad Bin Amir Shabrawi Safie di dalam ‘Kitabul-Ittihaf be Hubbi’l-Ashraf Raji’ ba La’n Yazid’, m.s. 20, menulis bahawa apabila nama Yazid disebut di hadapan Mulla Sa’ad Taftazani, dia berkata: ‘Laknatan terhadap dirinya dan para sahabat dan penolongnya.’ Allamah Samhudi di dalam kitabnya ‘Jawahirul-Iqdain’ telah dilaporkan sebagai berkata: ‘Para Ulama dengan serentak secara umum telah mengizinkan untuk melaknat mereka yang telah membunuh Imam Husain, yang mengarahkan pembunuhan terhadapnya, atau yang mengalu-alukan terhadap pembunuhannya, atau yang bersetuju terhadap penbunuhannya.’

Ibnu Jauzi, Abu Yala dan Soleh Bin Ahmad, berhujah dari ayat Al-Quran telah menulis bahawa: ‘Telah dibuktikan bahawa melaknat Yazid adalah dibenarkan. Adalah menjadi tanggungjawab semua Muslim untuk mengetahui hak Imam Husain yang ada di atas mereka, dan bagaimana, dengan menanggungan terhadap segala penderitaan dari penindasan dan kezaliman, beliau telah menyirami pokok Islam dengan darah beliau sendiri dan darah keluarganya. Jika tidak pokok Rahmat [Islam] mungkin akan mati disebabkan kezaliman oleh Bani Umayyah. Adalah Imam Husain yang telah memberikan Islam kehidupan yang baru.’

Sungguh amat dikesali, sepatutnya kita menghargai khidmat manusia yang suci ini terhadap Islam, sebaliknya kamu membangkitkan bantahan terhadap penziarah yang menziarahi makam mereka, dan menggelar penziarah tersebut sebagai penyembah yang mati. Kami kerap membacanya, di tengah-tengah ibu negara seperti Paris, London, Berlin dan Washington di sana terdapat kuburan-kuburan bagi menghormati ‘pahlawan yang tidak dikenali.’ Telah dikata bahawa, mereka ini telah menderita kekejaman dari pihak musuh dan di dalam mempertahankan negara, mereka mengorbankan dirinya. Tetapi tidak terdapat sebarang tanda pada badan, atau pakaian untuk menunjukkan keluarganya atau bandarnya. Kerana dia telah mengorban dirinya di dalam mempertahankan negaranya, walaupun dia tidak dikenali, dia masih mendapat penghormatan. Apabila seorang raja atau orang kenamaan datang melawat ke kota itu, dia datang menziarahi kepada kuburan pahlawan yang tidak dikenali dan meletakkan kalungan bunga padanya. Pahawan yang tidak dikenali mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi, tetapi saya amat kesal, sepatutnya kita menghormati penziarah yang melawat makam Muslim yang utama dan wara’ sebaliknya kita mengkritik mereka. Sebahagian dari mereka menghafal seluruh Al-Quran. Mereka mengorbankan diri demi mempertahankan Islam. Manusia ini termasuklah yang diamanahkan oleh Allah, Rasul dan keurunan Baginda.

PEMBONGKARAN KUBURAN

Sebenarnya sebahagian Muslim telah meruntuhkan kuburan yang sedemikian dan membuat teh di atas peti yang diletakkan di atas kuburan tersebut!! Tragedi sedemikian telah berlaku pada tahun 1216 Hijrah pada hari perayaan Ghadir [18Dzulhijjah], apabila kebanyakan dari penduduk Karbala pergi ke Najaf untuk ziarah. Pihak Wahhabi yang datang dari Hijaz telah menyerang Karbala dan membunuh para Syiah. Mereka memusnahkan segala kuburan, orang-orang yang telah mengorbankan diri untuk Islam Lebih kurang 5000 penduduk Karbala terbunuh, termasuk ulama, yang tua, wanita, dan juga kanak-kanak yang tinggal kerana tidak berziarah ke Najaf. Perbendaharaan Imam Husain dipecahkan dan segala yang berharga dirampas. Peti yang di atas pusara dibakar dan teh telah disediakan di atasnya. Malanglah bagi Muslim yang sedemikian!!!

Betapa sedihnya kejadian yang sedemikian, di dalam semua negara yang bertamadun kuburan raja-raja, para intelek, dan malah pahlawan yang tidak dikenali dihormati, tetapi Muslim, yang diharapkan untuk menunjukkan cara pemikiran yang lebih baik terhadap pemuliharaan makam-makam mereka yang kita sanjungi, sebaliknya telah memusnahkan kesemuanya seperti pengganas. Di Makkah dan Madinah, puak Wahhabi telah menghancurkan makam syuhadah Uhud, termasuklah makam Hamzah, kerabat Nabi Abdul Muttalib, Abdullah dan lain-lainnya. Mereka juga menghancurkan makam keluarga Nabi, anaknya, seperti Imam Hasan, Imam Zainul Abidin, Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Ja'afar As-Sodiq, Bibi Fatimah anak perempuan Nabi, dan banyak lagi dari Bani Hashim dan juga para ulama yang terkenal. Malangnya mereka masih menggelar diri mereka Muslim. Ya sudah tentu mereka telah mendirikan pusara yang besar untuk raja-raja dan orang kenamaan mereka.

Habibi : wahabi bukan golongan sunni.. lebih dekat dengan teroris

Yang sebenarnya bahawa ulama dari kedua-dua golongan telah menyatakan dari banyak hadith yang mengajak kita pada menziarahi kuburan awlia, supaya makam tersebut akan terselamat dari kemusnahan. Nabi sendiri menziarahi kuburan para aulia’ dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan mereka.

KETURUNAN NABI ADALAH SYUHADA’ DI JALAN ALLAH DAN KEKAL HIDUP

Apakah kamu fikir bahawa keluarga Nabi yang suci yang telah mengorbankan diri mereka di dalam jalan agama, tidakkah mereka syuhadah? Jika kamu katakan bahawa mereka bukan syuhadah, apakah hujah kamu? Jika mereka adalah syuhadah, bagaimana kamu katakan mereka telah ‘mati’? Al-Quran mengatakan: ‘Mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhannya..’ [3:169] Maka mengikut dari Al-Quran dan hadith, mereka yang suci ini hidup. Maka kami tidaklah menyembah yang mati. Kami tidak memberi salam pada yang mati, kami memuji yang hidup. Dan tidak ada Syiah, yang intelek dan yang tidak, menganggap mereka sebagai penghapus masalah. Kami menganggap mereka sebagai hamba Allah yang paling taqwa dan cara untuk berdamping kepadaNya. Kami letakkan keinginan kami kepada Imam-Imam kami yang adil supaya mereka dapat merayu kepada Allah untuk menunjukkan belas kaSihahnnya kepada kami. Apabila kami katakan, Wahai Ali, tolonglah kami,’ ‘Husain, tolonglah kami.’ Ianya adalah seumpama seseorang mahu berjumpa dengan raja. Kita BOLEH pergi berjumpa perdana menteri meminta pertolongan. Kita pastinya TIDAK menganggap perdana menteri kepada raja sebagai punca terakhir untuk menghapuskan masalah [hanya raja sahaja yang berkuasa]. Tujuan utama kita hanya untuk sampai kepada raja melalui mereka oleh kerana kemuliaan dan kedudukan mereka, maka mereka dengan mudah dapat bertemu raja. Syiah tidak menganggap keturunan Nabi sebagai sekutu di dalam segala tindakan Tuhan, kami menganggap mereka hamba yang paling bertaqwa.

KEDUDUKAN IMAM-IMAM YANG MA’SUM

Oleh kerana mereka adalah wakil Allah, mereka menyampaikan kehendak yang berdoa kepadaNya. Jika permintaan itu layak; Dia menerimanya. Jika tidak Dia akan menggantikannya di hari akhirat. Satu perkara yang tidak harus ditinggalkan tanpa diberikan penerangan adalah: Syiah mengakui kedudukan para Imam yang ma’sum lebih tinggi dari segala syuhada Islam.

Al-Hafiz: Kenyataan itu memerlukan penjelasan. Apa perbezaan di antara Imam kamu dengan Imam yang lain melainkan mereka mempunyai pertalian dengan Nabi?

Shirazi: Jika kamu lihat pada kedudukan para Imam, kamu akan dapat melihat dengan jelas perbezaan fahaman tentang maksud Imam yang dipegang oleh Syiah dan Sunni.