Al-Quran/Al-Infitaar

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة الإنفطار

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

إِذَا السَّمَاء انفَطَرَتۡ (1)

Apabila langit terbelah.

وَإِذَا الۡكَوَاكِبُ انتَثَرَتۡ (2)

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan.

وَإِذَا الۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ (3)

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.

وَإِذَا الۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ (4)

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.

عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ (5)

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

يَا أَيُّهَا الۡإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الۡكَرِيمِ (6)

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?

الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ (7)

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.

فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ (8)

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu.

كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ (9)

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَافِظِينَ (10)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.

كِرَامًا كَاتِبِينَ (11)

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).

يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ (12)

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

إِنَّ الۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (13)

(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.

وَإِنَّ الۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ (14)

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang.

يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ الدِّينِ (15)

Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan.

وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَائِبِينَ (16)

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

وَمَا أَدۡرَاكَ مَا يَوۡمُ الدِّينِ (17)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

ثُمَّ مَا أَدۡرَاكَ مَا يَوۡمُ الدِّينِ (18)

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡئًا وَالۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٍ لِلَّهِ (19)

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas